Jumaat, 13 April 2012

Pendekatan dalam Kaunseling

 Pendekatan yang boleh digunakan dalam kaunseling individu: Pendekatan krisi, pemulihan, pencegahan & perkembangan :

       Pencegahan adalah usaha untuk menghalang masalah sebelum ianya terjadi e.g; mengadakan ceramah, kempen motivasi jaya diri dll
       Pemulihan adalah memberi fokus kepada usaha untuk memberi pemulihan kepada kekurangan yang dapat dimkenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah masalah tingkah laku yang dihadapai eg. Merokok
  Pendekatan krisis; mengendalikan krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera kaunselor. Kaunselor boleh bertindak sebagai orang tengah atau perunding bagi mengatasi krisis yang berlaku, pendekatan ini bertujuan untuk menangguhkan tindakan yang boleh memudaratkan klien.
    Perkembangan; adalah usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan,institusi, individu spt psikososial, seksual, agama, moral vokasional /kerjaya, kognitif dan afektif
(Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,2003)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop