Jumaat, 13 April 2012

Penyakit kronik

Penyakit kronik berkait rapat dengan sikap, tabiat tingkah laku fenomena psikologi dan hubungan sosial (Yahaya, 2002).

Pengiktirafan

Profesion kaunselor di Malaysia telah diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor jurutera dan peguam (PERKAMA 2010).

Isu Pendidikan Kaunselor

Isu dan masalah dalam pendidikan kaunselor di Malaysia:
  • Tidak terdapat model khusus dalam program kaunseling bagi tujuan mendapat indentiti profesional
  • Kurang kesepaduan dalam latihan praktikal dalam program pendidikan kaunselor
  • Penyesuaian budaya dalam kaunseling

Pendekatan dalam Kaunseling

 Pendekatan yang boleh digunakan dalam kaunseling individu: Pendekatan krisi, pemulihan, pencegahan & perkembangan :
       Pencegahan adalah usaha untuk menghalang masalah sebelum ianya terjadi e.g; mengadakan ceramah, kempen motivasi jaya diri dll
       Pemulihan adalah memberi fokus kepada usaha untuk memberi pemulihan kepada kekurangan yang dapat dimkenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah masalah tingkah laku yang dihadapai eg. Merokok

Komitmen

Kesejahteraan seseorang bergantung kepada pelbagai faktor kesihatan dan memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi daripada pesakit sendiri dan pihak yang terlibat seperti ahli keluarga (Yahaya, 2002).

Sihat

Sihat adalah satu keadaan kesejahteraan yang menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal, mental dan sosial serta bukan hanya setakat ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan (WHO, 1990).

Kecekapan

Perkembangan profesional kaunselor hendaklah berteraskan Pengetahuan, sikap, dan keperluan  kemahiran khusus (Honskins & Thompson, 2009).

Perlu latihan

Staf kesihatan tidak berkeyakinan dalam menjalankan kaunseling dan memerlukan latihan khusus terutama pengisian, pendekatan dan kemahiran asas dalam kaunseling (Naslindh-Ylispangar, Sihvonen, Sarna, dan Kekki , 2008).

Peranan kaunselor

Penjagaan secara holistik oleh kaunselor kesihatan adalah amat perlu terhadap pesakit termasuk mengenal pasti isu-isu berkaitan psikologikal yang mana ianya penting bagi mengetahui bagaimana pesakit bertindak ke atas kaedah rawatan yang diterima dan ini akan membantu pesakit mengurus  penyakitnya dengan lebih efektif (Frost, Dornhorst, & Moses, 2003).

Fakta

Bukan semua pesakit memerlukan rawatan secara perubatan dan ramai pesakit yang memerlukan rawatan secara kesihatan mental yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan kemanusiaaan (Muhd. Mansur  & S. Nordinar, 2010).

Keperluan kaunseling

Setiap hospital hendaklah mempunyai kaunselor yang profesional untuk mengenal pasti keperluan psikologi dan emosi, memberi sokongan dan bantuan serta menangani masalah psikososial dan juga masalah kesihatan di samping memberi informasi dan panduan pada setiap tahap proses pemulihan adalah amat diperlukan (Etherington, 2002).

Kaunseling Kesihatan

Kaunseling kesihatan merupakan proses psiko-pendidikan yang merangkumi dua fungsi iaitu membantu klien memahami dan berupaya menghadapi perasaan dan emosi berkaitan dengan masalah kesihatan di samping membantu klien untuk berkembang serta memberi sokongan yang berterusan kepada rawatan. Secara semula jadi kaunseling kesihatan dijalankan secara singkat dan berorientasikan tugas dan tanggungjawab bermula dan berakhir dengan masalah kesihatan secara spesifik. (Blonna, Loschiavo & Watter, 2011).

Percayalah

Proses kaunseling merupakan suatu kaedah yang diterima di mana seseorang individu memerlukan bantuan kaunselor yang profesional pada masa tahap yang kritikal dalam kehidupan dan kebanyakan mereka percaya bahawa kaunseling boleh membantu mereka dalam menangani masa krisis. (Singh , 2010)

Kerja berpasukan

Kaunselor memainkan peranan penting dalam bekerjasama dengan profesional perubatan bagi memastikan pesakit mendapat  penjagaan  yang sempurna (Kottler & Shepard, 2008).

Pengkhususan dalam kaunseling

Perkembangan Kaunseling yang semakin mencabar memerlukan kaunselor memiliki pelbagai bidang kaunseling pengkhususan seperti perkhidmatan kaunseling kesihatan.(Muhd. Mansur  & S. Nordinar, 2010;Glamcevski, 2008

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop