Khamis, 29 Mac 2012

Ilmu adalah penyuluh

"Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya"
Hadith Nabi

Matlamat dan usaha

"Setiap orang mempunyai keupayaan sebenarnya untuk melakukan apa yang telah saya lakukan dan lebih daripada itu. Sesetengah daripada anda akan melakukannya dan setengah lagi tidak. Bagi yang tidak melakukannya, ia disebabkan oleh anda sendiri yang menghalangnya, bukan kerana dunia tidak membenarkannya"
Warren Buffet

Jangan takut gagal

"Apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di hadapan kita, adalah perkarakecil jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita"
Ralp Waldo Emerson

Capaikan perjalanan hidup

"Ketahui diri anda dan ketahui musuh anda, dalam seratus pertempuran anda akan menang seratus kali. Ketahui diri anda tetapi jahil tentang musuh anda, peluang anda untuk menang dan kalah sama banyak. Jika anda jahil tentang diri dan musuh anda, anda tentunya akan tewas"
Sun Tzu

Satu Pendirian

"Cara yang terbaik untuk menyesuaikan kepada perubahan dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan ialah untuk melihat krisis sebagai peluang dan batu-batu halangan di lorong kita sebagai anak-anak tangga kepada bintang bintang"
Denis Waitley

Tepat memilih

"Jika kita kurang mempunyai harga diri, pilihan yang terdapat kepada kita hari ini adalah sesuatu yang menggerunkan"
Dr. Nathaniel Branden

Menghargai diri

" Jangan sekali-kali perkecilkan diri anda. Ia satu penafian kemegahan diri anda"
Anthony Robbins

Pilihan Emosi

"Minda anda adalah tersendiri dan berada di tempat tersendiri. Ia boleh menjadikan syurga dan neraka, dan neraka menjadi syurga"
 Milton

Bulatkan keputusan

"Setiap orang ada dua pilihan. sama ada kita penuh dengan kasih sayang..... atau penuh dengan ketakutan"
Albert Einstein

Keyakinan

"Keyakinan adalah suara hati yang menyatakan anda boleh jadi apa yang anda impikan untuk jadi"
Tanpa Nama

Sabtu, 24 Mac 2012

Pemimpin dalam Berkomunikasi, sebagai Jurulatih dan Pengurusan Konfliks

PEMIMPIN DALAM BERKOMUNIKASI, SEBAGAI JURULATIH DAN PENGURUSAN KONFLIKS

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Kepimpinan " LEVEL 5"

 KEPIMPINAN  "LEVEL 5"
 Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Kekuatan dan kejayaan sesebuah organisasi atau pasukan biasanya dilihat kepada ketokohan dan kepimpinan pemimpinnya. Kejayaan pemimpin pula biasanya diukur dari segi sikap, tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran di samping trait personaliti serta kewibawaannya dalam menerajui sesuatu kepimpinan. Oleh itu gaya dan jenis kepimpinan banyak mempengaruhi peribadi seseorang pemimpin di samping persekitaran di mana seseorang itu dipertanggungjawabkan. Pengetahuan mengenai teori kepimpinan dan strategi perancangan yang baik merupakan aset penting dan dalam melengkapkan seseorang pemimpin untuk mencapai visi dan matlamat organisasi. Oleh itu pelbagai pendekatan dan penemuan kajian telah diadaptasikan dalam praktik kepimpinan.
            Tey (2010), menyatakan bahawa perkembangan organisasi bermula dengan pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran atau birokratik dan kemudian diikuti dengan pengurusan tingkah laku. Sejarah perkembangan dalam pengurusan dan kepimpinan ini terus berkembang dengan mengaplikasi sains tingkah laku diperkenalkan  seperti yang dipelopori oleh Kurt Zadek Lewin bagi merancang dan membina suasana persekitaran kerja yang sihat. Diikuti oleh pengenalan kepada teori peranan pasukan oleh Meredith Belbin. Sementara  douglas McGregor telah memperkenalkan Teori X dan Teori Y. Manakala dalam pembelajaran organisasi atau organizational Learning diperkenalkan bagi membentuk individu dan organisasi  kea rah yang lebih positif telah diperkenalkan oleh Chris Agyris dan Donald Alan Schon pada tahun 1978 dan 1996. Pada tahun 1990 pula organisasi pembelajaran telah diperkenalkan dalam sistem pengurusan.
            Perkembangan sejarah dalam pengurusan dan kepimpinan terus berkembang pada abad ke 21 dengan memperkenalkan Pengurusan pengetahuan atau knowledge management  seperti yang dipopularkan oleh Ikujiro Nonaka dan Hirotaka Takeuchi di mana dalam pengurusan pengetahuan ini bermakna mengurus apa yang anda tahu dan mendapat ilmu pengetahuan yang betul daripada mereka yang betul pada masa dan cara yang betul. Perubahan dan penambahbaikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan ini semakin diambil perhatian oleh banyak penyelidik dan tokoh kepimpinan dunia dan kini hangat diperkatakan tentang Kepimpinan Tahap 5 atau Level 5 Leadership yang diperkenalkan oleh Jim Collins pada 2001.
            Level 5 Leadership merupakan satu strategi pengurusan dan kepimpinan yang berlandaskan penyelidikan yang dilakukan  selama lebih 5 tahun penyelidikan untuk kajian bertajuk “transforming good to great” ke atas sebelas syarikat yang hanya mengemukakan satu soalan. Collins (2005) menerangkan Level 5 Leadership merujuk kepada tahap paling tinggi dalam hieraki kebolehan eksekutif  yang dikenal pasti dalam penyelidikan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa pemimpin di dalam mana-mana  tahap yang empat boleh memberi kejayaan yang tinggi tetapi belum dapat lagi mengubah syarikat dari tahap baik kepada cemerlang. Walau bagaimanapun Collins (2001) juga mengingatkan bahawa Level 5 Leadership bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh membentuk atau mengubah syarikat dari yang baik kepada yang paling unggul. Sehubungan dengan itu terdapat faktor lain seperti mengenal pasti sesorang yang betul dalam bas dan meninggalkan mereka yang tidak berkenaan dari menyertai bas tersebut (getting the right people on the bus  and wrong people off the bus) sebelum memulakan perjalanan ke arah distinasi organisasi. Selain itu membentuk budaya kerja berdisplin dan kajian ini telah menunjukkan budaya disiplin merupakan sangat penting dalam mentransformasikan sesuatu syarikat ke arah keunggulan. Dalam The Level 5 Hierarchy adalah seperti berikut:

Level 5
Executive
Builds enduring greatness through a paradoxical
Combination of personal humility plus professional will.
Level 4
Effective Leader
Catalyzes commitment to and vigorous pursuit of a clear and
Compelkling vision; stimulates the group to high performance standards.
Level 3
Competent Manager
Organizes people and resources toward the effective and
efficient pursuit of predetermined objectives.
Level 2
Contributing Team Member
Contributes to the achievement of group objectives;
works effectively with others in a group setting.
Level 1
Highly Capable Individual
Makes productive contributions through talent,
knowledge, skill, and good work habits.

Selain itu, Holleran (2006) menyatakan Jim Collins dalam bukunya Good to Great telah menerangkan bahawa elemen dalam kejayaan organisasi adalah bersandarkan kepada Level 5 Leadership tanpa mengira jenis perkhidmatan atau corak pentadbiran dan matlamat oprganisasi. Ini bermakna dalam apa juga bidang aplikasi Level 5 Leadership ini boleh diterapkan dalam apa juga bentuk kepimpinan seperti dalam sektor sosial, perniagaan, perkhidmatan katering atau perkhidmatan kebajikan dan pertubuhan. Apa yang penting Level 5 Leadership adalah bagaimana pemimpin sesuatu organisasi ini mengarah hala tuju dan seterusnya pengikut dapat seiring dengan kehendak organisasi yang boleh memberi makna yang signifikan untuk kehidupan individu.
Dalam Level 5 Leadership terdapat banyak elemen yang menyokong untuk memberi kesan yang lebih mendalam dan efektif ke atas kepimpinan tahap 5 kepimpinan ini. Menurut kajian yang dijalankan dalam “Good To Great”. Dalam kajian ini Level 5 Leadership tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan daripada amalan-amalan dalam kepimpinan. Dapatan kajian mendapati bahawa perkara pokok menyokong dalam Kepimpinan Tahap 5 ini adalah First Who, Stockdale Paradox, Buildup-Breakthrough Flywheel, The Hedgehong Concept, Technology Accelerators And A Culture of Discipline.
Selain itu perkara yang penting dalam Level 5 Leadership ialah The Yin and Yang of Level 5 menekan dua perkara perkara iaitu Personal Humility dan professional will. Berikut adalah pola dalam Personal Humility dan professional will yang diketengahkan oleh Jim Collins dalam Good to Great;
i)                    Personal Humility described as no airs of self-importance, shy, compelling modesty, reserved natured, mild-mannered, gracious, likes anonymity, self-effacing and channel ego needs into company.
ii)                  Professional will is described as fearless, ferocious resolve, stoic determination, ambitious for institution, wilful, inner intensity to make something the best and won’t take easy path.
Justeru itu, dalam Kepimpinan Tahap 5 ini menyatakan bahawa setiap syarikat yang baik hendaklah mempunyai Level 5 Leadership semasa masa peralihan  disamping itu pemimpin lebih tahap ini lebih melihat kepada perkara yang boleg mendatangkan faktor kejayaan berbanding diri sendiri dan bila perkara yang tidak diingini berlaku mereka lebih menyalahkan diri sendiri dari mencari punca lain sebab kegagalan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
Dalam Level 5 Leadership  menyatakan bahawa orang sebenarnya berpotensi menjadi pemimpin bertahap 5 dan percaya bahawa ramai orang yang boleh dan mampu mencapai tahap tersebut. Selain itu, dalam pengurusan Good to great  menyatakan dalam Level 5 Leadership ini juga mempunyai orang yang banyak mendebatkan secara bersungguh-sungguh sesuatu perkara dalam mencari jawapan yang terbaik tanpa mengira siapa disebalik keputusan dan pengaruh kepentingan. Dalam pada itu, budaya dan amalan mendengar dan member (confront the brutal facts) perhatian apa yang dicadangkan oleh sesiapa juga merupakan faktor dalam mendorong kejayaan dalam Level 5 Leadership. Selain itu, dalam amalan Hedgehog Concept mementingkan pemahaman yang mendalam dalam tiga perkara yang saling berhubung iaitu “The key to understand what your organization can be the best in the world at, and equally important what it cannot be the best at-not what it” wants” to be the best at. The hedgehog concept is not a goal, strategy, or intention; it is an understanding.”
Sebagai kesimpulan Kepimpinan Tahap 5 ini merupakan satu pendekatan yang menekankan bebarapa perkara dalam proses ke arah mengubah organisasi dari baik kepada yang terunggul. Dalam Kepimpinan Tahap 5 ini juga terdapat lima fasa iaitu Tahap 1 hingga Tahap 5 di mana Tahap  satu merupakan yang paling rendah dan Tahap 5 merupakan tahap paling tinggi. Di samping terdapat beberapa elemen penting yang mendokong  Kepimpinan Tahap 5 bagi memastikan pendekatan dan amalan ini memberi kejayaan kepada pemimpin dan organisasi yang dipimpin.


Rujukan
Collins, J. (2005). Level 5 Leadership. The triumph of Humility and Fierce resolve. Harvard Business Review. The high-performance organization. July-August 2005.
Holleran, M. (2006). Good to Great: How “level 5” Leaders Transform Aging Services. FutureAge: May-Jun 2006
Seidler, M. (n.d). Level 5 Leadership – Can YOU make it?. Available online margaret@margeretseidler.com
Tey, B. S. (2010). Get Real Young Manager. Malaysia: Leeds Publications.




Kepimpinan Transformasional dan Krisma

 KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL DAN KRISMA

Merikan aren
mbarsu64@yahoo.com 

Manning dan Curtis (2009) menyatakan bahawa kepimpinan transformational telah mula dibincangkan dalam sejak tahun 1973  oleh J.V. Downton dan dilihat sangat penting dalam perkembangan kepimpinan. Mengikut teori kepimpinan terdapat perbezaan di antara kepimpinan transformational dan transactional.

Pengurusan Kumpulan Secara Sendiri

 PENGURUSAN  KUMPULAN SECARA SENDIRI

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Menurut Maxwell dalam Tey (2010) telah mengenal pasti lima keadaan yang diidamkan oleh setiap individu di mana setiap individu atau perseorangan itu memerlukan galakkan, penghargaan, kemaafan, mahu didengari dan juga mahu untuk di fahami. Sekiranya setiap individu dalam pasukan memahami kehendak dan keinginan ahli yang lain ini bermakna salah satu langkah ke arah keharmonian kumpulan telah terbentuk dan ini akan memudahkan setiap kumpulan menerajui diri dalam kumpulan sebagai salah satu langkah ke arah mengurus diri dalam pasukan. Ini adalah kerana dalam  self managed teams (SMT) atau pengurusan sendiri kumpulan  di mana ianya memberi gambaran bahawa dengan pendekatan ini kumpulan akan berfungsi tanpa penyeliaan, mendapat kepuasan kerja yang tinggi, di samping komitmen yang tinggi. Seterusnya ianya memperlihatkan kumpulan yang mempunyai pelbagai fungsi dan kemahiran dan bertanggungjawab terhadap tugas serta membentuk struktur dan operasi dalam membuat keputusan dalam keadaan yang mudah dan pelbagai.

Pengaruh Jalinan dalam Kepimpinan

 PENGARUH DAN JALINAN RANGKAIAN DALAM KEPIMPINAN

 Merikan aren
mbarsu64@yahoo.com

Suasana organisasi memainkan peranan penting dalam menentukan keharmonian dan kejayaan serta kecemerlangan organisasi. Suasana sama ada harmoni atau kacau bilau adalah adalah hasil bagaimana seseorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Oleh itu, kita selalu mendengar tentang ada pemimpin yang disegani, disanjung , diagung-agungkan oleh ahli organisasi sama ada pihak atasan atau bawahan. Selain daripada itu, ada juga pemimpin yang dimaki seranah, dibenci dan dihina, menjadi bualan dan tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada anggota organisasi. Suasana ini akan bertambah rumit jika hubungan ini dibiarkankan berlaku tanpa usaha oleh pihak kepimpinan. Akhirnya iklim kerja yang tidak baik ini akan mendatangkan komplikasi negatif terhadap organisasi dan seterusnya akan menjatuhkan reputasi seseorang pemimpin dan perkhidmatan serta produk yang dihasilkan.

Kepimpinan: Teori Kontegensi

 KEPIMPINAN: TEORI KONTIGENSI

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Perkembangan sesebuah organisasi biasanya berlaku kerana pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam mengurus dan mengendalikan organisasi yang diterajui. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan tersendiri yang menjadi tunggak kepada kejayaan  sesebuah organisasi. Selain itu, pengetahuan dalam kepimpinan selalunya lahir secara semulajadi di samping melalui pembelajaran formal dan tidak formal. Oleh itu, bagaaimana seseorang pemimpin itu dapat menerajui sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan yang tidak kurang penting adalah bagaimana individu tersebut mengurus gaya kepimpinannya. Ini jelas seperti yang diterangkan oleh Kouzes dan Posner (2007) yang menyatakan “effective leadership is a key factor in the life and success of an organization”.

Tingkah Laku dan Motivasi dalam kepimpinan

 TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI DALAM KEPIMPINAN

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Kejayaan sesebuah organisasi biasanya adalah bergantung kepada pemimpinnya. Manakala kepimpinan seseorang pemimpin pula bergantung kepada tingklah laku kepimpinan yang diamalkan ataupun yang ada pada seseorang pemimpin. Namun tingkah laku sahaja belum dapat dijadikan jaminan bagi menentukan kejayaan seseorang pemimpin ataupun kepimpinannya. Ini disebabkan oleh banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi corak dan gaya kepimpinan seseorang itu seperti persekitaran dan juga staf bawahan yang dipimpinnya.
Menurut Manning dan Curtis (2009) kajian yang dilakukan oleh Kurt Lewin dan et al. berkaitan tingkah laku kepimpinan pada tahun 1939 tingkah laku kepimpinan merupakan perawakan, tabiat atau kelakuan dan juga gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik, dan laisez-faire. Kajian ini memberi fokus kepada impak tingkah laku ketua terhadap pencapaian pengikutnya atau orang bawahannya. Pada tahun 1940an pula kajian  terhadap kepimpinan ini banyak mengarah daripada trait kepimpinan kepada tingkah laku kepimpinan di mana ianya memfokuskan kepada dua dimensi iaitu  initiating structure  untuk melihat hubungan di antara ketua dan staf bawahan manakala showing consideration lebih menekankan kepada tindakan untuk membina kepercayaan, penghormatan, sokongan dan kemesraan daripada staf bawahannya. Seseorang pemimpin yang mencapai skor tinggi dalam initiating structure  akan dapat mengetahui gaya komunikasi serta cara bagaimana sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala jika pemimpin dapat skor tinggi dalam showing consideration pula menunjukkan beliau dapat bergaul dan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam organisasi yang dipimpinnya.
Selain dari gaya kepimpinan, tingkah laku pemimpin juga dilihat dari trait yang ada pada seseorang pemimpin. Trait ini merupakan elemen penting bagi menentukan sama ada seseorang pemimipin tersebut mendapat penghormatan atau kepercayaan dari pengikutnya. Ini adalah kerana kebanyakan staf bawahan bukan sahaja melihat bagaimana seseorang ketua itu membangunkan dan memimpin organisasinya tetapi juga sahsian atau budi pekerti seseorang ketua  seperti bagaimana dia bergaul dan berhubungan dengan staf bawahannya. Nilai-nilai seperti kejujuran, bertimbang rasa, bertanggungjawab, cemerlang, dan komited serta ketekunan menjadi tunjang kepada kejayaan  seseorang pemimpin dalam meneraju organisasi yang dipimpin.
Tingkah laku penyayang yang ada pada seseorang pemimpin juga akan memberi impak yang positif kepada dirinya dan juga organisasi yang dipimpinnya di mana pemimpin yang bersifat penyayang akan memberi fokus kepada kebajikan pelanggan, staf bawahan, rakan kongsi dan masyarakat. Sebagai contoh, sifat penyayang akan melahirkan suasana kerja yang aman dan harmoni  dan tidak secara lansung akan dapat membantu staf bawahan untuk mencapai objektif organisasi dan juga pencapaian peribadi. Jika staf berasa mereka dihormati dan dihargai mereka juga akan berusaha dan memberi komitmen yang tinggi terhadapat tugas dan tanggungjawab mereka. Oleh itu, tingkah laku kepimpinan memain peranan penting terhadapat kejayaan sesebuah organisasi seperti yang dikatakan oleh Bruce (2005) dalam bukunya Bagaimana memotivasikan setiap pekerja;
“Apabila anda memandang pembangunan peribadi sebagai penggerak, anda mengubah cara pekerja memandang kerja mereka, anda membantu mereka menjadi lebih berupaya dan anda memberi mereka tujuan bermakna untuk datang kerja”
Di samping tingkah laku kepimpinan motivasi merupakan satu elemen penting yang harus ada dalam kepimpinan seseorang pemimpin. Menurut Collegiate Project services (2008) kepimpinan yang efektif seharusnya bertekad untuk mewujudkan  motivasi extrinsic dan intrinsic. Staf bawahan akan merasa dimotivasi apabila keperluan asas diberi perhatian dan kehendak primary tercapai seperti diberi penghargaan atau tidak dikenakan hukuman atau denda jika melakukan kesilapan kecil. Seseorang staf bawahan jyga akan merasai dimotivasi secara extrinsic seperti diberi bonus, kenaikan gaji atau pangkat ataupun suasana kerja yang tidak memerlukan penyeliaan yang terlalu ketat dan memberi peluang kepada staf bawahan untuk bekerja secara berdikari. Walau bagaimana intrinsic dan extrinsic mestilah mempunyai limitasi dan batasan agar ianya tidak disalah guna atau disalah ertikan oleh staf bawahan.
Dalam memotivasikan staf bawahan Adair (2009) juga menyarankan penggunaan The fifty-fifty rule and the eight principles of motivating. Beliau menegaskan bahawa motivasi hendaklah datang dari dalaman dan juga luaran dengan mengaplikasikan lapan prinsip iaitu:
1.       Diri sendiri hendaklah bermotivasi
2.       Pilih mereka yang tinggi motivasi
3.       Layan setiap orang sebagai individu
4.       Tentukan sasaran yang realistik dan mencabar
5.       Ingat progres yang memotivasi
6.       Membina suasana yang memotivasi
7.       Sediakan anugerah yang adil
8.       Beri penghargaan
Dalam memberi motivasi kepada staf bawahan pemimpin hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi sokongan, menjadi moderator atau peransang dalam organisasi  atau pasukan dan juga individu. Dengan adanya gaya dan motivasi ini kejayaan sesebuah organisasi mungkin akan tercapai dengan jayanya.
Kenyataan ini disokong oleh Manning dan Curtis (2009)  di mana mereka menjelaskan bahwa motivasi merupakan stimulasi dan inspirasi  untuk bergerak di mana tugas sebagai pemimpin adalah untuk mengerakkan staf bawahannya dengan berbagai idea, kemahiran dan nilai bagi mencapai misi bagi mencapai keperluan fizikal dan emosional bermula dengan  keperluan asas  sehinggalah keperluan yang kompleks. Adalah dipercayai bahawa motivasi dan kejayaan sesebuah organisasi adalah saling berkaitan. Oleh yang demikian maka adalah amat penting bagi seseorang pemimpin mencapai keperluan staf bawahan sesuai dengan keperluan organisasi.
Collegiate Project services (2008) untuk mewujudkan suasana motivasi secara intrinsic mereka mencadangkan menggunakan lima karekteristik iaitu Feedback, lots of skills, autonomy, mine dan effect atau di kenalai sebagai FLAME. Adalah dipercayaijika seseorang pemimpin menggunakan kaedah FLAME dalam memberi motivasi secara dalaman  di tempat kerja ianya akan membantu mewujudkan staf bawahan yang bermotivasi tetapi juga bertenaga dan proaktif dalam pekerjaan dan seterusnya dapat membantu dalam kejayaan organisasi.
Menurut Bruce (2005) menggariskan 24 taktik yang boleh diamalkan oleh pemimpin bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja dengan memberi motivasi kepada setiap pekerja antaranya;
1.       Bina tenaga kerja yang bermotivasi
2.       Mereka buat untuk diri sendiri
3.       Kenali apa yang menggerakkan orang
4.        Buat pekerja berasa seperti rakan kongsi
5.       Tunjukkan  pekerja bagaimana perniagaan dijalankan
6.       Kenali saingan anda
7.       Galakkan pengambilan risiko yang bijak
8.       Ilham pemikiran kreatif dan inovatif
9.       Tegaskan hubungan antara motivasi dan prestasi
10.   Bantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik
11.   Pujuklah pekerja supaya mereka menyokong idea anda dan idea sendiri
12.   Berterus terang tentang ganjaran dan penghargaan
13.   Sentiasa harapkan yang terbaik daripada pekerja
14.   Semarakkan prestasi yang berjaya
15.   Tawarkan insentif dan ransangan semangat
16.   Berikan kuasa anda
17.   Sentiasa galakkan akauntibiliti
18.   Bina kepercayaan bagi masa depan yang cerah
19.   Rangsangkan semangat
20.   Gunakan keseronokan untuk memotivasikan
21.   Serang terus-menerus penghalang motivasi
22.   Kekalkan pekerja anda
23.   Curahkan hati dan jiwa kepada pasukan anda
24.   Bebaskan kuasa potensi manusia
Berdasarkan kenyataan di atas dapat disimpulkan bahawa tingkah laku kepimpinan dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kepimpinan sesorang pemimpin dan sesebuah organisasi. Oleh itu setiap pemimpin hendaklah tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan dan tingkah laku  diri serta bagai mana untuk memotivasikan staf bawahan. Saya percaya jika seseorang pemimpin dapat mengimbangkan antara gaya kepimpinan dengan trait dan motivasi kemungkinan besar kejayaan dan kecemerlangan organisasi akan tercapai.

Rujukan
Adair, J. (2009). Effective Leadership: How to be a successful leader. UK: Gower Publishing Ltd.
Bruce, A (2005). Bagaimana memotivasikan setiap pekerja; 24 taktik terbukti bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja. Malaysia: The McGraw-Hill.
Collegiate Project bservices (2008).FLAME: using motivation to build high performance team members: ERP Library: www.collegiateproject.com.
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.

Hubungan Pemimpin dan Pengikut







HUBUNGAN PEMIMPIN DAN PENGIKUT

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

 Setiap organisasi mestilah mempunyai pemimpin, pengikut dan juga  matlamat. Pemimpin dan kepimpinan serta orang yang menjadi pengikut dalam sesuatu organisasi  memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan matlamat. Tanpa kerja sama di antara kedua pihak ini organisasi sudah tentu tidak akan berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian pengaruh pemimpin dan kepimpinannya menjadi tunggak untuk menentukan sama ada pengikut atau orang bawahan akan menjalankan tugas dengan baik selaras dengan kehendak organisasi. Jadi bagaimana pemimpin dapat menguasai pengikutnya bergantung kepada daya pengaruhnya. Jika seseorang pemimpin mempunyai pengaruh yang tinggi dan kuat maka amat mudah baginya mempengaruhi pengikutnya untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan seterusnya menghasilkan sesesuatu yang disasarkan seperti matlamat organisasi.
Oleh itu, peranan ketua dalam menjalinkan hubungan dengan pengikut adalah amat penting. Heath (2010) menyatakan pemimpin yang baik ialah mereka dapat memilih pasukan yang boleh menjadi pengikut kerana untuk menjadi ketua atau pemimpin yang baik seseorang ketua harus ada pasukan yang mantap di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pasukan itu haruslah dinamik, fokus dan dapat melahirkan sesuatu. Justeru persekitaran organisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan keharmonian, kesejahteraan dan kekuatan sesuatu organisasi tersebut.
Pengalaman saya sebagai penjawat awam, dalam urusan kenaikan pangkat sebagai ketua kadang-kala adalah berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kelayakan akademi sahaja tanpa mengira kredibiliti seseorang iaitu dalam kerja, hubungan sesama rakan dan komunikasi. Selalunya syarat kenaikan pangkat berdasarkan tahap kecekapan yang diuji berdasarkan kepintaran minda yang kadang kala tidak boleh dipraktikan ke dalam situasi yang sebenar. Inilah menjadi bahan percakapan pengikut atau orang bawahan apabila ketua tidak boleh buat kerja, apa yang ketua mampu lakukan hanya mencari kesalahan orang lain iaitu pengikutnya dan memberi arahan tanpa usul periksa dan menilai kemampunan seseorang individu yang diperintahkan menjalankan tugas tersebut. Inilah merupakan factor kegagalan tugas yang diarahkan kerana mereka menjalnkan tugas tiada kemampuan untuk menjalankan tugas. Selain itu, kerana ketidakpuasan terhadap ketua maka wujudlah puak-puak penentang atau pembangkang dalam organisasi yang sentiasa juga mencari kesalahan ketua untuk dijadikan bahan agar pengikut lain tidak melaksanakan tugas dengan sempurna atau dijadikan alas an atas sebab kegagalan sesuatu tugasan.
Mengikut Chaleff (2002) mengatakan kita tidak akan memahami ketua kita sehinggalah kita berada ditempat di mana kita berada. Situasi di mana pemimpin banyak dipengaruhi oleh banyak faktor seperti faktor internal dan juga eksternal. Tetapi jika pemimpin atau ketua boleh mengurus semua factor ini dengan baik terutama dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menguruskan konflik dengan berkesan maka sudah tentu suasana kerja yang aman dan positif akan tercapai. Oleh itu, kerjasama ketua dengan pengikut adalah penting dalam menjalankan tugas sebagai ketua atau pemimpin dan juga sebagai orang bawahan.
Jadi bagaimanakah seorang pengikut boleh menyumbang dalam membantu ketua untuk mencapai objektif organisasi dan menghasil produk yang baik dan berkualiti dalam semua situasi. Menurut Chleff (2010) hubungan di antara pemimpin dan pengikut adalah merupakan satu putaran umpama guru dan murid yang berada dalam lingkungan ilmu pengetahuan, kemahiran manakala pemimpin dan pengikut adalah berada dalam lingkugan tujuan organisasi. Walau bagaimanapun pengikut tidak boleh menjangkau ketua atau pemimpin. Ini bermakna walau bagaimanapun situasi pengikut mereka akan sentiasa berada di bawah dan tidak boleh melepasi kuasa pemimpin. Oleh itu Chaleff (2010) mencadangkan saranan untuk menjadi pengikut yang unggul seseorang itu harus mempunyai keberanian dalam tanggungjawab, berani untuk berkhidmatan, berani menghadapi cabaran, berani dalam mentransformasikan diri serta mengambil tindakan yang bermoral di samping berani untuk mendengar kepada pengikut yang lain.
Heath (2010) juga menegaskan sebagai ketua seseorang itu harus menggunakan fungsinya untuk melahirkan lebih banyak pemimpin bukannya pengikut. Ini bermakna jika pemimpin dapat melaksanakan tugas dengan baik sudah tentu dia akan mendapat rakan kongsi dalam organisasi yang akan bekerjasama dalam mencapai objektif organisasi walaupun pada hakikatnya mereka adalah pengikut tetapi ketua memandang mereka sebagai pemimpin.
 Untuk mencapai hasrat itu pemimpin haruslah memberi peluang kepada pengikut yang berpontensi dan berkeliber yang mana boleh menjadi aset kepada kemajuan dan kecemerlangan organisasi dengan memberi peluang kepada pengikut tersebut untuk mendapat informasi agar mereka dapat membuat keputausan dengan bijak dan tepat. Selain itu mendapat sumber yang sepatutnya untuk memberi inisiatif dan motivasi dalam mereka menjalankan tugas mereka. Seterusnya menanamkan semangat akauntabiliti di man pengikut diberi kepercayaan dalam segala hal yang mana mereka telah dipertanggungjawab. Pengikut juga harus menunjukkan kebolehan untuk bekerja sama, mengurus kerja dan sumber yang ada. Ini akan memberi impak dalam yang kuat untuk pengikut untuk terus menyumbang dan melakasanakan tugas dengan baik.
Grayson dan Speckhart (2006) menegaskan hubungan di antara pemimpin dan pengikut adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan organisasi maka mereka telah melihat beberapa komponen penting yang harus dilakukan oleh ketua dan juga pengikut. Antaranya ialah ketua dilihat sebagai nilai yang amat penting dalam setiap organisasi kerana itu setiap orang mendambakan untuk menjadi ketua. Ketua juga dianggap selalunya betul dan berkuasa kerana itu sesiapa yang menajdi ketua harus dihormati dan dikuti dengan jujur dan setia. Selain itu, hubungan di antara ketua dan pengikut hendaklah dibangunkan dan dikembangkan untuk mencapai prestasi yang memuaskan. Mereka juga melihat bahawa tidak salah untuk menjadi pengikut kerana setiap individu ada kewajipan dan tanggungjawab masing-masing. Kalau menjadi pengikut yang efektif sudah tentu ketua akan menghargai dan pengikut yang lain juga menghormati. Oleh itu,  sebagai pengikut kita harus menyumbang dalam segala hal demi kemajuan organisasi. Sementara itu, mereka juga berpendapat bahawa ketua dan pengikut haruslah menjalankan klobrasi atau kerjasama di antara satu dalam segala hal yang dilakukan. Komunikasi yang baik antara ke dua pihak amat penting dalam menjalankan peranan masing-masing tanpa banyak persoalan dan kerenah siapa ketua dan siapa pengikut.
Menurut Miller, Butler dan Cosentino (2003) menjelaskan hubungan ketua dan pengikut yang efektif adalah bersandarkan kepada  tiga komponen dalam Model kontigensi di mana pengaruh seseorang ketua dijadikan sandaran sebagai asas kepada ketua dan pengikut merasa saling diterima dan menyokong antara satu sama lain. Struktur tanggung jawab yang menentukan tanggunjawab, prosidur, peniliaan progress dan kejayaan di antara pengikut dan pemimpin. Sementara itu, kuasa  kepimpinan  di mana ketua seharusnya menggunakan kuasa secara formal untuk menentukan penghargaan dan hukuman dalam organisasi. Selain itu  Foster (2010) juga menyatakan bebarapa teori berkaitan ketua dan pengikut yang boleh dipraktikan adalah seperti teori Great Man Theory, Top-Down Leadership Theory dan  Agency Theory Dyadic Theory. Kesemua teori ini menegaskan tentang kepentingan dan kaedah bagaimana ketua dan pengikut dapat bersatu dalam menjalankan tugas untuk mencapai matlamat seseuatu organisasi.
Untuk mencapai  kejayaan dalam organisasi  selian dari hubungan ketua atau pemimpin dan pengikut ketua juga harus tahu pandai menentukan tanggungjawab sesorang pengikut. Ini boleh dilakukan melalui delgasi tugas atau menurunkan kuasa kepada pihak tertentu untuk menjalankan tugas seorang ketua sama ada dia dia ada tau pun tidak diorganisasi tersebut. Banyak faedah yang diperolehi ketua terutama dalam pengurusan seperti banyak masa boleh ditumpukan untuk perkara lain bagi tugas yang lebih penting, meningkat produktiviti organisasi, untuk melatih dan membangunkan pengikut dan setrusnya dapat mengurangkan tekanan kepada pengurus. Perkara yang boleh diturunkan kuasa atau diarahkan kepada pengikut adalah seperti menyelasaikan masalah yang ringan, kerja-kerja berkaitan laporan , tugasan yang rutin atau biasa teknikal dan yang boleh membangunakan pengikut seperti memberi latihan dan bimbingan mengikut kepakaran pengikut tersebut. Walau bagaimana pun tedapat halangan dikalangan ketua yang enggan atau tidak boleh menurunkan kuasa atas sebab peribadi dan takut kehilangan kuasa dan kuarang pengaruh.
Selain itu menurut manning dan Curtis  untuk menurunkan kuasa yang  atau delegasi tugas  bebarapa perkara harus diketahui oleh ketua atau pemimpin antaranya ialah berkongsi kuasa dengan staf, jangan menurunkan kuasa yang tidak relevan, tugas yang dianggap berat atau berisiko, mengetahui siapa dia staf yang berkeliber, serta menggunakan delegasi sebagai alat untuk tujuan membaiki dan membangunkan staf. Selain itu bagi penerangan yang jelas untuk soalan yang diberi dan cuba bagi peluang staf untuk lebih banyak bertanya daripada menyoal soalan kepada staf. Seterusnya juga menggunakan pendekatan “ do it, delegate or ditch it dalam proses delegasi.
Sebagai kesimpulan, hubungan ketua dan staf atau pengikut yang baik adalah hubungan yang menuju ke arah matlamat yang positif dan mewujudkan suasana yang harmoni di samping jalinan kerjasama dalam semua hal. Delegasi dan komunikasi memain peranan penting dalam mengeratkan hubungan di antara pemimpin dan pengikut. Pendekatan teori dalam hubungan ketua dan pemimpin juga memain peranan penting dalam memberi garis panduan kepada ketua dan pengikut dalam menentukan kejayaan organisasi.


Rujukan
Chaleff, I (2002) The Courageous Follower ( 2nd Edt). San Francisco: BK- Berbrett-Kobhler Publisher. Inc.
Foster, P.A. (2010). Leader-Follower Theory for the learning organization. (on-line)
Grayson, D. & Speckhart, R. (2006). The leader-follower Relationshiop: practitioner Observations. Leadership Advance online; http://www.regent.edu/acad/ sis/publications/journals, leadershipadvance/issues_6/pdf/grayson_speckhart.pdf
Heath, M. (2010). Leadership Secrets. London: Harper Collins publisher.
Miller, R. L, Butler,J. & Cosentino, C. J. ( 2003). Followership effectiveness: an extension of Fiedler’s contingency model. The Leadwership & Organizational Journal. 25.4. 362-368.
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.

Kepimpinan Berpasukan

KEPIMPINAN BERPASUKAN

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Pasukan merupakan satu kelompok kumpulan individu yang bekerja sama untuk menyelesaikan objektif yang tidak boleh diselesaikan oleh seorang individu. Oleh itu menurut Margaret Mead dalam Maxwell (2001) menyatakan kekuatan dan kuasa pasukan dengan menyatakan,
“Never doubt that small group of thoughtful, committed people can change the world. Indeed it is the only thing that ever has”
Oleh yang demikian, di dalam organisasi besar terdapat pelbagai unit atau jabatan. Setiap unit atau jabatan pula kadang kala terbahagi atau terbentuk satu kumpulan atau pasukan. Mana kala setiap kumpulan dan pasukan ini pula mempunyai pemimpin atau ketuanya yang tersendiri yang dilantik khas bagi menerajui dan membimbing ahlinya. Oleh sebab itu, terdapat jabatan yang cemerlang dan ada jabatan yang kurang cemerlang dan ada pula yang lansung tidak menunjuk prestasi yang memberangsangkan dalam mencapai matlamat organisasi. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Heath (2010), kecemerlangan sesebuah pasukan adalah pasukan yang berfungsi sepenuhnya mengikut kemampuan selaras dengan objektif dan matlamat organisasi. Ini didukung oleh kepimpinan dan juga individu yang menjadi pengikut atau ahli pasukanya. Kerjasama dan kesepaduan di antara dua pihak memainkan peranan penting sesebuah pasukan dalam menentukan kejayaan dan keberhasilan sesuatu produk dalam organisasi tersebut. Oleh itu, pemimpin memainkan peranan penting dalam mempastikan pasukanya sentiasa dapat bekerjasama dan bersatu padu.
Terdapat beberapa perbezaan di antara kumpulan dan pasukan di mana dalam kumpulan terdapat nilai dan komitmen yang berbeza di kalangan ahli di samping ahli kumpulan juga tidak bergantung kepada satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa dalam kumpulan mereka lebih banyak melaksanakan tugas dengan bersendirian. Walau bagaimanapun adalah dipercayai bahawa dalam kumpulan mempunyai seorang pemimpin yang kuat. Berbeza dengan pasukan di mana ahli pasukan akan berkongsi misi dan tanggungjawab serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai satu matlamat dan tanggungjawab. Ahli pasukan juga berkongsi peranan kepimpinan dan saling bekerjasama dan bersatu hati dan menunjukkan akauntabiliti terhadap tugas masing-masing.Tiada perbezaan  dalam pasukan dan mementingkan persamaan bagi mencapai kejayaan keseruhan pasukan.
Dalam organisasi baik di dalam kumpulan atau pasukan kerjasama adalah penting kerana banyak faedah yang boleh didapati contohnya memberi kekuatan kepada pasukan dan ahli, cepat membuat keputusan, dapat mengelak kesilapan yang besar selain daripada terbentuknya idea yang inovatif dan merangsangkan semangat individu dan pasukan. Dengan itu maka segala keperluan dapat dipenuhi dan seterusnya akan lahir kepuasan dalam kerjaya.
Manakala jika di dalam organisasi tiada persefahaman dan kerjasama di kalangan ahli maka berlakulah konfliks dalam organisasi, kekangan dalam produktiviti  organisasi seterusnnya memberi tekanan dan masalah kepada pencapaian standard produktiviti organisasi dan hubungan sosial yang tidak baik di kalangan ahli. Oleh itu, menurut Heart (2010) untuk menjalinkan kerjasama dalam pasukan dan organisasi pemimpin pasukan haruslah melaksanakan tugas dengan  memainkan fungsinya yang sebenar. Contohnya pemimpin jangan sekali-kali mengarah staf bawahan bagaimana untuk melakukan sesuatu tetapi hendaklah memberi tahu  mereka apa yang harus dilakukan dan ini akan memberi kejutan dan semangat yang tinggi untuk mereka melaksanakan tugas.
 Selain itu Heart (2010), juga menyarankan agar pemimpin memberi cabaran yang betul-betul mencabar dalam tugasan yang diberikan sama ada secara sedar atau tidak mereka cuba untuk berusaha mencapai tugas tersebut. Selain itu, pemimpin harus tahu apa yang boleh memberi motivasi dan semangat kepada setiap ahlinya untuk menjalankan tugasnmya dengan baik. Di samping itu, pemimpin harus tunjukkan tugsan itu dari sudut bagaimana pemimpin melihat sesuatu tugas itu agar mereka tidak lari dari matlmat asal dan akhirnya ahli pasukan menyelami secara mendalam  tugasan dan komitmen agar dapat memberi motivasi dalam diri mereka.
Penyelesaian masalah dan mengambil keputusan merupakan dua perkara yang amat payah dan memerlukan kerjasama dalam pasukan untuk mendapat keputusan yang baik. Oleh itu kerja berpasukan merupakan tunggak utama dalam menentukan keharmonian dan kesejahteraan organisasi. Sehubungan dengan itu seorang pemimpin harus tahu bagaimana mengurus konflik, mengurus staf dan seterusnya memahami situasi organisasi. Oleh itu dalam pasukan seseorang pemimpin tidak boleh lari dari membuat keputusan. Menurtut Tey (2010) mengatakan dalam membuat keputusan sesorang itu harus pandai dan tahu bagaimana mengurus emosinya. Pertimbangan emosi yang baik dan stabil akan menentukan hasil keputusan yang tepat dan boleh diterima ramai. Seperti yang ditegaskan oleh Drucker dalam Tey (2010),
“A decision a judgment. It is a choice between alternatives. It is rarely a choice between right and wrong. It is is a best a choice between ‘almost right’ and ‘ probably wrong’.”
Dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Tey (2010) mencadangkan beberapa perkara seperti berikut sebagai panduan antaranya ialah (1) kenali dan fahami apa masalah yang dihadapi, (2) libat mereka yang benar-benar tahu atau pakar dan jelaskan secara jelas peranan mereka, (3) dapatkan pendapat dan galakkan pertambahan pendapat dengan mengambil kira semua pendapat ahli, (4) cari jalan penyelesaian yang pelbagai atau pendapat altenatif lain, (5) ambil tindakan, (6), kenal pasti bagaimana mengukur kejayaan sesuatu maklum balas yang diterima dan (7) penilaian yang formal serta pengurusan laporan adalah sangat perlu  tetapi ianya tidak mencukupi kerana untuk mendapat jawapan yang tepat.  Ini adalah kerana membuat keputusan adalah bertujuan untuk menggerakan visi dan tenaga serta sumber yang ada dalam organisasi dalam menentukan sesuatu tanggungjawab itu djalankan dengan betul dan berkesan.
Menurut Roman (2010) terdapat beberapa perkara yang pemimpin harus tahu dan pasti dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dalam pasukan seperti adakah terdapat perbezaan di antara mengurus jabatan berbanding menerajui pasukan kerana kedua-duanya juga melibat pemimpin terlibat dalam melaksanakan perkara seperti memberi arahan dan delegasi, merancang, menentukan objektif dan matlamat mesyuarat  serta mengurus segala aktiviti dan tanggungjawab di samping bekerjasama dengan individu lain dalam pasukan. Selain itu pemimpin harus membina suasana organisasi yang baik dan boleh mempengaruhi individu lain dan seterusnya dapat memberi  motivasi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan mereka di samping mendapat kepercayaan dan hormat dari ahli pasukan.
Selain itu, Roman (2010) menyatakan lima kemahiran yang kritikal di kalangan pemimpin pasukan ialah mereka harus memahami jenis tingkah laku staf, berkomunikasi secara efektif, menghargai dan menyanjung apa juga pandangan dan pendapat ahli pasukan serta dapat menerima dan mengurus kritikan dari ahli dengan cara yang baik. Selain itu pemimpin harus menggunakan kaedah penyelasaian masalah dan membina hubungan yang baik dalam mempengaruhi ahli pasukan. Dengan melaksanakan lima perkara ini, dipercayai bahawa pemimpin itu akan mendapat kepercayan dan dari setiap ahli pasukan dalam mencapai matlamat dan objektif organisasi atau pasukannya.
Menurut Manning dan Curtis (2009), untuk mencapai pasukan yang berprestasi tinggi dalam sesebuah organisasi pemimpin hendaklah mengamalkan kepimpinan yang efektif dan berkeyakinan. Seseorang pemimpin harus memainkan peranannya seperti mana dapatan kajian oleh  USS Kitty Hawk  di Amerika Syarikat dalam kajian di kalangan juara sukan kebangsaan dan pasukan pembedahan jantung mendapati bahawa  lapan krakteristik  yang sentiasa ada dalam pasukan itu ialah mempunyai matlamat yang jelas, struktur mengarah kepada keputusan, ahli pasukan yang berkeyakinan, menyatukan segala komitmen, sentiasa berklobrasi, kecermerlangan yang sama atau standard, sokongan dari luar dan pengiktirafan serta prinsip kepimpinan. Sementara itu, kegagalan sesuatu pasukan berlaku  apabila sesuatu matlamat tidak jelas  dan berlaku olitikal dalam pasukan dan membiarkan perkara yang personal berlaku dalam pasukan  dan dibiarkan menular tanpa penyelesaian dan pengurusan yang baik.
Selain itu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi pemimpin pasukan ialah mengelak dari menjadi pemimpin yang tidak menyumbang kepada keberkesanan pasukan. Antara halangan yang dikenal pasti dalam keberkesana pasukan ialah mempunyai ketua atau pemimpin yang tidak efektif, strategic perancangan yang lemah, matlamat yang tidak jelas, ganeda personal dan kekurang penghargaan dan pengiktirafan dalam pasukan. Oleh itu untuk mencapai pasukan yang efektif sesorang pemimpin pasukan harus mempunyai strategi peranangan yang jelas dan efktif, berkongsi pandangan dan pendapat dan tanggungjawab, mengurus konflik Dan sentiasa berkomunikasi dengan berkesan menetuakan aras kecemerlangan pasukan secara realistik.
Kesimpulannya kejayaan sesuatu pasukan adalahg bergantung kepada pengurusan kepimpinan pasukan, krateristik pemimpin dan ahli pasukan . Selain itu, kebijaksanaa dalam penyelesaian masalah dan mengambil keputusan juga penting dalam menyumbang kejayaan pasukan. Jika kesemua elemen ini digabungkan dengan baik maka sudah tentu matlamat dan objektif pasukan akan dapat dicapai dengan sempurna.


Rujukan
Heath, M. (2010). Leadership Secrets. London: Harper Collins publisher.
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.
Maxwell, J. C (2001). The 17 Indisputable laws of tem work. New York: Thomas Nelson Inc.
Roman, K. H (2010). Five critical skills for team leadership. Collegiate project Services: 1-5 on line : www.collegiateproject.com;
Tey, B. S (2010). Get real young manager!. Malaysia: Vinlin Press Sdn. Bhd.

Kepimpinan dalam Perspektif Islam

Kepimpinan Dalam Perspektif Islam

Merikan aren
mbarsu64@yahoo.com

Persoalan kepimpinan dalam Islam merupakan suatu tugas yang amat berat kerana ianya berkait rapat dengan soal tugas sebagai khalifah di muka bumi. Menurut Azril Mohd Amin (2005), yang menyatakan bahawa persoalan kepimpinan ini merupakan tugas berat kerana sebagai pemimpin seseorang harus terlebih dahulu terpimpin di dalam hidayah dan petunjuk Ilahi seperti mana yang ditujukkan oleh Rasulullah S.A.W yang telah menjadikan dirinya sebagai contoh tauladan dalam kepimpinan Islam. Dalam konteks ini Islam dilihat sebagai satu institusi kepimpinan yang memainkan peranan yang berasaskan penerimaan umum melalui proses interaksi dan disebabkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh Islam telah berjaya menubuhkan masyarakat dan Negara Islam di seluruh dunia.
Kepimpinan dalam Islam telah bermula sejak  terciptanya Adam  dan Hawa dan seterusnya apabila Nabi Adam diutu menjadi nabi dan rasul oleh Allah S.W.T. Semenjak dari itu kepimpinan Islam telah mula berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kemajuan temadun Islam sehingga ke  hari ini. Sejak agama Islam wujud kepimpinan merupakan satu amanah yang amat berat menjadi tanggungjawab kepada semua insan di dunia ini. Menurut Ahmad bin Haji Ismail (2011) menjelaskan bahawa Islam menganggap setiap  seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin yang mana sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka dan keluarga mereka selain daripada menjadi pemimpin kepada masyarakat secara umum seperti mana Rasullullah S.A.W ada bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka dilantik menjadi ketua.”
Ini menunjukkan bahawa Islam lebih menekankan bahawa peranan kepimpinan dalam Islam adalah sangat penting walaupun untuk jumlah sekecil tiga orang apatah lagi jika kumpulan atau pasukan mahupun organisasi itu lebih banyak ahlinya maka sudah tentu seorang pemimpin harus dilantik sebagai ketua. Dari itu, jelas kepada kita bahawa keperluan seorang ketua dalam Islam adalah sangat penting iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini terutama berkaitan dengan tugas penguasa, pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan, mengurus sumber, menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai dan mengelak dari pertelingkahan sesama manusia.
            Kepimpinan yang efektif menurut Haji Dahari bin Haji Derani (n.d), pemimpin Islam hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti;  (1) Setia pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah, (2) Tujuan pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan yang lebih luas, (3) Berpegang pada syariat dan Akhlak Islam iaitu pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh mengendalikan urusannya maka seorang pemimpin Islam harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya, (4) Pembawa Amanah di mana pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya.
            Mengikut kepimpinan dalam Islam terdapat tiga prinsip dasar yang mengatur perlaksanaan kepimpinan Islam iaitu Syura dan Musyawarah, kebebasan berfikir dan memberi pendapat dan keadilan dan pemimpin yang adil. Haji Dahari bin Haji Derani (n.d) juga menjelaskan bahawa musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepimpinan Islam di mana pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik. Musyawarah dikatakan berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin jika menyimpang dari tujuan umum kelompok. Manakala kebebasan berfikir dan memberi pendapat untuk membuka ruang kepada ahli kelompok untuk mengemukakan kritikannya secara konstruktif dengan bebas dan mendapat jawapan dari soalan yang diajukan. Selain itu, pemimpin juga disaran untuk mencipta suasana berfikir dan pertukaran pendapat dan saling kritik dan menasihati antara satu sama lain untuk kepentingan bersama. Bagi kepimpinan dan pemimpin yang adil seharusnyalah pemimpin memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain seperti mana dijelaskan dalam Al-quran yang maksudnya;
“ Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.” ( surah Al-Maidah, ayat 8)
            Selain itu, model pemimpin dan kepimpinan Islam terdapat empat elemen penting iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi yang perlu dimantapkan oleh seorang yang ingin menjadi pemimpin bagi membentuk satu karekter dan jati diri pemimpin dalam Islam. Selain itu, ilmu, iman, dan berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan  kepada semua bakal pemimpin Islam di masa yang akan datang. Ahmad bin  Haji Ismail (2011) juga menjelaskan bahawa dalam kepimpinan Islam prinsip pemimpin itu juga tertakluk kepada sifat-sifdat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap muslim seperti sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka beribadat, suka beribadat pada waktu malam, belas kasihan, suka tolong menolong, suka menderma, bekerjasama, nasihat menasihati dan umumnya menjalankan amr makruf nahi mungkar.
            Sehubungan dengan itu, dalam meneruskan kepimpinan Islam pada hari ini pelbagai cabaran dan masalah yang harus dihadapi oleh pemimpin Islam terutama berkaitan dengan isu globalisasi yang mana ianya banyak memberi impak kepada pemimpin Islam baik secara lansung atau tidak lansung serta boleh menganggu gugat keyakinan pemimpin Islam pada mnasa kini terutama isu berkaitan hak asasi manusia, budaya, politik dan sosial. Oleh yang demikian pemimpin Islam perlu kepada keyakinan yang kukuh berteraskan aspek kepimpinan yang berdasarkan prinsip-prinsip kreatif dan saintifik yang menurut asas Islam melalui bimbingan Al-Quran dan Al-Hadis. Ini adalah penting bagi pemimpin Islam untuk meneruskan perjuangan kecemerlangan Islam sejagat.
            Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang maksudnya:
“Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu, bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.”
Berdasarkan hadis tersebut jelas memberi petunjuk bahawa Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat kepada masyarakat untuk mentadbir urusan umat. Malah setiap individu juga berkewajipan untuk melurus dan memperbetulkan pergerakkan, menyuruh untuk mengerjakan kebajikan atau mencegahnya dari melakukan sebarang kemungkaran. Ini bermakna menurut Islam rakyat dan pemimpin harus saling mempunyai persafahaman dan saling bantu membantu dan tegur mnengur di antara satu sama lain kerana pemimpin dalam Islam adalah manusia biasa. Walau bagaimanapun, Islam juga meletakkan asas etika yang perlu dipatuhi, iaitu dalam menegur pemimpin wajib dilakukan secara beradab dan tidak secara terbuka yang boleh mengaibkan seseorang pemimpin (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2009).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JKIM) (2009), juga mengingatkan bahawa kekuatan pengaruh kepimpinan dalam Islam adalah berkait rapat kepada sejauhmana niat dan keikhlasan kepimpinan dalam menegakkan kedaulatan Islam  selain daripada menyeru agar pemimpin Islam dan umatnya memartabatkan kedudukkan Islam sebagai agama yang paling baik di muka bumi ini. Menurut  JKIM (2009), pengkaji sains politik gaya kepimpinan yang dianggap paling berkesan adalah gaya kepimpinan transformasi iaitu gaya kepimpinan yang mampu membuat perubahan  dan pembaharuan kepada pengikutnya dan Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh seorang pemimpin gaya transformasi yang paling berjaya di dunia di mana beginda berjaya menukar gaya hidup jahilliah daripada kufur kepada beriman, permusuhan kepada persaudaraan, kekejaman kepada kasih sayang, pemalas kepada bangsa yang rajin dan sebagainya.
Ahmad bin Haji Ismail (2011) telah menyenaraikan beberapa tokoh pemimpin dalam Islam  sebagai contoh tauladan yang baik bagi pemimpin Islam yang unggul khasnya dan umat Islam keseluruhannya ialah  Rasulullah  s.a.w di mana beliau merupakan pemimpin yang yang mendapat wahyu dari Allah S.W.T. Pengikutnya telah dipimpin dan dibentuk melalui tauhid, berdasarkan usaha dakwah yang berterusan. Rasulullah s.a.w juga berjaya membina tapak wilayah Islam yang unggul di Madinah, Habsyah dan Taif di samping telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu perlembagaan Madinah. Rasullah dalam kepimpinanya juga mengutamakan syura dalam pengurusannya selain menjadi hakim dan ketua penglima perang.
Selain itu, tokoh pemimpin Islam di zaman Khulafa ar-Rasydin ialah empat orang khalifah yang terawal di mana mereka merupakan pemimpin dan sekaligus sebagai pelindung kepada dakwah Islam di mana dalam pemerintahan mereka masih menjalankan pemrintahan berdasarkan undang-undang syariah, bersumberkan Al-Quran , Al-sunnah, Ijma’ dan majlis syura dan ijtihad khalifah. Di samping itu pemerintahan dan kepimpinan mereka juga berdasarkan prinsip politik antaranya keadilan, kebebasan, persamaan dan hak asasi manusia tanpa mengira kaum dan agama. Selain itu, pemikir Islam  seperti Al Farabiv yang menulis dalam bukunya bertajuk Madinah al-Fadilah (Kota Unggul) menegaskan sifat-sifat pemimpin berkesan yang mana beliau menekankan kualiti kepimpinan utama seharusnya merupakan orang yang terbaik berasaskan sejumlah sifat-sifat kepimpinan, baik sifat-sifat yang tabii mahupun sifat-sifat yang dipelajari.
Manakala Al-Mawardiv dalam kitab al Ahkam al-sultaniyyah menasihatkan pemimpin agar mentadbir berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Al-sunnah dan menyentuh aspek mengenai imamah antaranya ialah pemerintah mestilah memenuhi tujuh syarat seperti keadilan, ilmu pengetahuan agama yang mantap, kesihatan jasmani, kesihatan mental, keberanian, kesanggupan menjalankan jihad terhadap musuh-musuh negara dan berketurunan Quraish. Bagi Al-Ghazaliv seorang  tokoh ilmuwan dalam kitab al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Mulk menggariskan khalifah atau pemimpin  perlu menyedari pentingnya jawatan yang disandang dan beratnya tanggungjawab yang dipikul, menggalakkan pemimpin agar menjalin hubungan dengan golongan ilmuwan, serta menghidarkan kezaliman, melayani keperluan orang lain, tidak angkuh dan menindas orang lain, perihatin, penyayang, memberi kepuasan kepada pengikut mengikut batas-batas yang ditentukan syara’ dan melarang menyokong perkara yang bertentangan dengan syara’.
Bagi Ibn Khaldun pula merupakan orang pertama memberikan perspektif sosial  kepada pentadbiran dan pengurusan dalam kerya beliau bertajuk Muqaddimah yang membahaskan tentang tamadun manusia dan membicarakan sistem pemerintahan berkhalifah dan sistem beraja seperti melantik Imam atau ketua adalah wajib yang kewajipannya diketahui dari agama, ijma’ para sahabat dan Tabii’in seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika wafat segera melantik dan membai’ah Abu Bakar dan menyerah kepadanya urusan untuk mengatur urusan mereka dan amalan ini diikuti oleh khalifah seterusnya.
Tey (2010) menyatakan pengurusan konflik menurut perspektif Islam menurut Dr Iqbal Unus telah menyarankan satu model SALAM dalam pengurusan konflik sebagai satu panduan  dan pendektaan yang diguna pakai dalam kepimpinan;
S          =          State the conflicting view;
A         =          Agree that a conflict exists;
L          =          Listen for any and learn (about) the difference;
A         =          Advise one another; and
M         =          Minimize areas of disagreement that could lead to aggression or 
                       withdrawal
Manakala untuk mencegah konfliks dari menjadi kronik serta menghalang kepada kefungsian sesuatu pengurusan Dr Iqbal mencadangkan formula S-N-T iaitu S untuk syura (consultation), N untuk Naseeha (Advice) dan T untuk Ta’wun (cooperation). Menurut Tey (2010), walaupun model dan formula ini berdasarkan keislaman tetapi ianya boleh dipraktikan secara universal dalam kepimpinan. Ini menunjukkan bahawa konsep dalam kepimpinan Islam juga mendapat perhatian dan boleh diamalkan oleh mana-mana pihak yang bukan berlandaskan agama Islam.
Sebagai kesimpulan adalah jelas bahawa kepimpinan dalam Islam adalah wajib. Islam melihat tanggungjawab pemimpin adalah sangat berat dan perlu dipikul dengan sifat-sifat terpuji berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis serta ijma’ ulamak kerana ianya merupakan amanat Allah yang perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya. Rasulullah s.a.w telah dijadikan sebagai contoh pemimpin agung di dunia dan kepimpinan beliau telah meletakkan umat Islam sebagai umat paling unggul dan disegani.


Rujukan
Ahmad bin Haji Ismail (2011).Konsep kepimpinan dalam Islam. Usrah MUAFAKAT yang diadakan pada 15 februari 2011. Http://muafakatmalaysia.files.wordpress.com/2011/02/muafakat_usrah_kertas_kepimpinan_islam.pdf.
Azril Mohd amin (2005). Melahirkan kepimpinan Unggul: Pelan Tindakan dan Strategi. Kertas kerja dibentangkan di kursus Kepimpinan Perdana di Kaherah pada 15 & 16 November 2005.
Haji Dahari Haji Derani (n.d). Kepimpinan. Nota kuliah. Malaysia:UTM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009). Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan. Khutbah Jumaat 3 April 2009. Malaysia: JKIM.
Tey,B. S. (2010). Get Real, Young Manager. Malaysia: Leeds Publications.



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop