Khamis, 26 April 2012

Risiko Kesihatan di Tempat Kerja

Risiko Kesihatan di Tempat Kerja

Pengenalan
Malaysia mempunyai seramai 12 juta tenaga kerja yang bekerja di pelbagai sektor pada tahun 2004.Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai hazad di tempat kerja.
  • Apakah hazad ?
    Hazad adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita.
    alt

Kurang Upaya Secara Am

Kurang Upaya Secara Am

Senaman & Kecergasan

Senaman & Kecergasan

Apa itu kecergasan?
Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.
Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian. Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.
 

Perubahan Perasaan

Perubahan Perasaan

Mengapakah remaja cenderung mengalami perubahan perasaan?
Ini adalah disebabkan:
Banyak perubahan fizikal tubuh berlaku semasa kanak-kanak meningkat dewasa.
Perubahan hormon semasa akil baligh.
Tidak mampu menghadapi tindak balas sosial dengan perubahan yang berlaku.
 
Bilakah perubahan perasaan merupakan suatu masalah?
Ia menjadi masalah bila:

Berlaku perubahan dalam corak pemakanan dan tidur anda.
Penjagaan diri.
Rasa sedih dan menangis secara tiba-tiba.
Menjadi masalah dalam pembelajaran.
Menjadi:
  • Murung
  • Gelisah
  • Cepat marah
  • Agresif
  • Ganas

Memahami Seksualiti

Memahami Seksualiti

Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya bagi masyarakat timur.
Informasi yang terdapat di portal ini telah dirujuk secara meluas oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan, wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan seksualiti untuk remaja.

Angin Ahmar / Strok

Angin Ahmar / Strok

Apa itu strok/angin ahmar?

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Sebagai penjaga, anda perlulah:
  1. Menjaga kesihatan diri sendiri dari segi fizikal, mental dan sosial.
  2. Mendapat bantuan bagi penjagaan:
    • ketahui tahap keupayaan diri
    • kumpulan sokongan untuk penjaga
    • jagaan sementara (respite care)
  3. Melibatkan semua ahli keluarga dalam penjagaan. Pengendalian dari segi:
    • Masa iaitu perhatian kepada masalah mengikut kepentingan
    • Penglibatan orang lain dalam penjagaan
    • Tekanan mental iaitu dengan mempelajari cara-cara mengatasi tekanan mental
    • Kegiatan seharian

Jenis-jenis Relaksasi

Jenis-jenis Relaksasi

  1. Kaedah atau teknik pernafasan
  2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
  3. Regangan
  4. Senaman
  5. Teknik relaksasi yang lain
    • Progressive muscular relaxation (teknik yang lebih sukar)
    • Bertafakur
    • Yoga
    • Tai-chi
    • Muzik
    • Menari
    • Urut

Teknik untuk Relaksasi

Teknik untuk Relaksasi

1. Pernafasan Dalam
  • Ini adalah teknik yang paling asas.
  • Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
  • Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
  • Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa tegang atau tertekan.
    (Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)

Tujuan Relaksasi

Tujuan Relaksasi

Relaksasi adalah suatu keadaan dimana anda berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang. Terdapat beberapa teknik atau cara untuk relaksasi.
Tujuan
  • Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur, sakit kepala disebabkan tekanan dan asthma
  • Keupayaan mengawal - untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan minda

Ubat Tradisional & Komplimentari

Ubat Tradisional & Komplimentari

Pengenalan
  • Ubat Tradisional dan Komplementari dipraktiskan bersama, selain daripada amalan perubatan atau pembedahan, oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perubatan 1971.
  • Di bawah peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, "ubat tradisional" bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan "ubat indigenus" , di mana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati.
  • Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.

Kesakitan & Analgesik

Kesakitan & Analgesik


Pengenalan

Kesakitan merupakan salah satu penyebab pesakit mendapatkan rawatan perubatan. Secara fisiologinya, rasa sakit adalah tindakan perlindungan secara semula jadi oleh badan atas kecederaan yang berlaku, yang mana boleh mengubah kualiti hidup pesakit. The Association of Study of Pain, telah mendefinisikan kesakitan sebagai deria yang tidak menyenangkan dan pengalaman emosi yang boleh dikaitkan dengan tisu yang rosak atau berpotensi untuk rosak atau digambarkan sebagai kerosakan.
Jenis-jenis Kesakitan
Kesakitan boleh dikelaskan sebagai kesakitan kronik dan kesakitan akut. Kesakitan akut biasanya disebabkan oleh kecederaan yang jelas dan berlarutan antara 1 hingga 3 bulan. Kesakitan yang berlarutan melebihi 3 bulan atau satu tempoh melebihi tempoh penyembuhan yang sepatutnya, dikelaskan sebagai kesakitan kronik.

Kecelaruan Konvensi (Histeria)

Kecelaruan Konvensi

Apa itu 'konvensi'?

Ia juga dulu dikenali sebagai histeria.

'Konvensi' terjadi apabila seseorang individu hilang kesedaran mengenai keadaan yang sebenar berlaku ke atas dirinya yang bukan disebabkan masalah perubatan dan otak.

Ia selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi.
Apakah sebab-sebab 'konvensi'?
Konvensi' adalah disebabkan oleh:
  • Stres
  • Selalu memendam perasaan
  • Kurang kemahiran menangani masalah
  • Suka mencari perhatian

Mencederakan Diri Sendiri

Mencederakan Diri Sendiri

Apakah itu kelakuan mencederakan diri sendiri?
Ialah satu tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada tubuh badannya sendiri.
Mengapakah seseorang itu mencederakan diri sendiri?
Sebab-sebabnya termasuk:
  • Perasaan lega dari kesakitan emosi
  • Ingin bebas dari perasaan kekosongan dan kaku
  • Mengalih perhatian daripada perasaan negatif
  • Untuk dapatkan perhatian orang lain
  • Sebagai ugutan
  • Supaya orang lain rasa bersalah

Identiti Jantina

Identiti Jantina

Apa itu jantina?

Perkataan yang berkaitan dengan ciri-ciri seks yang berkembang melampaui masa dan mengikut perubahan dalam masyarakat.
  • Seks merujuk kepada biologi atau genetik sama ada lelaki atau perempuan
  • Jantina perkataan teknikal merujuk kepada psikologi atau ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan lelaki atau perempuan
  • Identiti jantina menerangkan kepercayaan seseorang atau perasaan yang dipunyai mengikut seks, kebolehan memperbetulkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan serta mengenal pasti status jantina seseorang sama ada lelaki atau perempuan
  • Peranan jantina merujuk kepada penerimaan tingkah laku, sikap dan personaliti yang diwarisi yang boleh membezakan lelaki (sasa) atau perempuan (lemah lembut)

Kemurungan

Kemurungan

Apakah itu kemurungan?

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun.

Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.

Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Stres & Tingkah Laku Berisiko

Stres & Tingkah Laku Berisiko

Pengenalan

Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.
Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja ?
Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).

Masalah Tingkah Laku

Masalah Tingkah Laku

Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah tingkah laku?
Masalah tingkah laku merujuk kepada tingkah laku individu yang mendatangkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.

Antara masalah tingkah laku ialah:
  • Keganasan / agresif terhadap manusia dan haiwan
  • Merosakkan harta benda
  • Menipu dan mencuri
  • Menyalahi undang-undang

Bunuh Diri

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan kematian. Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:
  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Kehilangan sesuatu
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Harga Diri

Harga Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
  • Mudah berkawan
  • Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
  • Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
  • Boleh mengawal perlakuan
  • Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
  • Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
  • Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

Penuaan Secara Sihat

Aspek Psikososial

Imej dan Sikap
  • Bina sikap positif dalam kehidupan.
  • Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
  • Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
  • Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.
Pesaraan dan Kewangan
  • Sekiranya anda masih bekerja rancang persaraan anda dengan baik.
  • Tidak terlewat untuk terus mencari peluang pekerjaan lain atau menceburi hobi baru.
  • Libatkan diri secara aktif di dalam bidang di mana kemahiran dan pengetahuan anda boleh dikongsi bersama.
  • Rancang perbelanjaan secara berhemah dan menabung agar tidak menjejaskan kedudukan kewangan anda selepas

Kebimbangan

Kebimbangan

Apakah itu kebimbangan?
Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.
Apakah penyebab kebimbangan?
Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.
Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.
Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:
  • Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa
  • Peribadi diri yang:
    • Pemalu
    • Selalu mengasingkan diri
    • Mudah risau
  • Pernah mengalami trauma
Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?
Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:
  • Mudah terperanjat
  • Tidak dapat bertenang
  • Susah untuk memberi tumpuan
  • Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah
  • Susah untuk dapat tidur yang nyenyak
  • Mudah letih dan kurang tenaga
  • Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan
Bagaimana cara mengatasi kebimbangan?
Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:
  • Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai
  • Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
  • Belajar untuk bertenang
  • Melibatkan diri dalam kegiatan agama
Apa akan berlaku jika kebimbangan tidak diatasi?
Kebimbangan boleh mengakibatkan:
  • Masalah fizikal:
    • Pedih perut (Gastrik)
    • Turun berat badan
    • Tekanan darah tinggi
  • Masalah psikologi:
    • Rasa rendah diri
    • Gangguan tidur
    • Hilang selera makan
  • Masalah sosial:
    • Ponteng sekolah
    • Tidak pandai berkawan
    • Pengambilan dadah atau alkohol
Di mana anda harus mendapatkan bantuan?
Bantuan boleh didapati daripada:
  • Ibu bapa
  • Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru Agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:
  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/kesihatanmental/01kesihatan-mental-bagi-remaja0102mental-health-for-teen02/01masalah-kesihatan-mental-remaja0102mental-health-problems-for-teenagers02
Semakan Akhir : 15 April 2008
Penulis : Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abd Ghani

Faktor Risiko

Faktor Risiko

Apakah faktor risiko yang menyebabkan penderaan kanak-kanak?
Tiada satu faktor pun yang dapat menerangkan kenapa sebahagian individu bersikap ganas terhadap kanak-kanak atau kenapa kanak-kanak tidak mendapat layanan sepatutnya lebih menyerlah berbanding sesetengah masyarakat yang lain.
Peningkatan risiko penderaan kanak-kanak berkaitan dengan kehadiran faktor dalam keluarga atau ibu bapa atau situasi keluarga.
Faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:
Faktor risiko kanak-kanak
  • Bayi pramatang, ketaknormalan sejak lahir, kurang berat badan, terdedah kepada toksin sejak dalam kandungan
  • Panas baran : susah atau lambat untuk bertindak
  • Fizikal/kognitif/ketidakupayaan emosi, penyakit yang serius atau kronik
  • Kecederaan semasa kecil
  • Kumpulan rakan sebaya yang anti sosial
  • Umur - kanak-kanak muda lebih terdedah
  • Kanak-kanak yang lasak, masalah perlakuan, kurang perhatian
Faktor risiko ibu bapa
  • Faktor personaliti - agresif dan obsesi
  • Penguasaan tindak balas yang lemah
  • Kemurungan/kerisauan
  • Kurang toleransi kepada kekecewaan
  • Rasa tidak selamat
  • Kurang percaya
  • Rasa tidak selamat dengan ibu bapa sendiri
  • Telah didera ketika zaman kanak-kanak
  • Konflik keluarga, keganasan rumah tangga
Faktor risiko keluarga
  • Struktur keluarga - ibu/bapa tunggal dengan kurang sokongan, jumlah anak yang ramai dalam satu rumah
  • Pengasingan sosial, kurangnya sokongan
  • Ibu bapa yang menghidap penyakit atau masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penceraian/perpisahan, terutamanya penceraian penuh konflik
  • Umur
  • Tahap tekanan yang tinggi
  • Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak, sikap yang negatif dan perlakuan anak
  • Kurang pengetahuan dan jangkaan tinggi mengenai perkembangan kanak-kanak
Faktor risiko sosial/persekitaran
  • Kemiskinan
  • Kitar kehidupan yang getir keadaan sosial yang sukar
  • Tiada kemudahan kesihatan, insurans kesihatan, penjagaan anak yang mencukupi dan perkhidmatan sosial
  • Ibu bapa tidak bekerja, tiada rumah sendiri
  • Pengasingan sosial/kurangnya sokongan sosial
  • Terdedah kepada perkauman/diskriminasi
  • Tiada bersekolah
  • Terdedah kepada toksin persekitaran
  • Persekitaran kejiranan yang ganas/merbahaya
  • Keganasan dalam komuniti
Apakah kesan penderaan kanak-kanak?
Akibat jangka pendek
Akibat gangguan emosi dan perlakuan
  • Rasa rendah diri
  • Lasak terlampau/hiperaktif
  • Mencederakan diri sendiri
  • Kurang hubungan rakan sebaya
  • Merasa malu/bersalah
  • Gangguan somatik, histeria
  • Penurunan prestasi pelajaran
  • Masalah pemakanan
  • Kemurungan, kerisauan
  • Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat penderaan fizikal dan emosi
  • Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas
  • Tiada perasaan
  • Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah
  • Menyalahkan orang lain
  • Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional
Akibat pengabaian emosi
  • Menyalahkan diri sendiri
  • Diam dan tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran
  • Berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa
  • Kawalan diri kurang, rasa rendah diri
  • Bersedih dan mudah menjadi murung
Akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak
Kesan kesihatan
  • Gangguan perkembangan
  • Kurang upaya
  • Masalah pemakanan
  • Masalah tidur
  • Kemurungan /kerisauan
  • Kesan kesihatan reproduktif jangka panjang (long term reproductive health outcome)
  • Kegagalan fungsi
  • Kemandulan
Kesan Sosial
  • Salah laku, perlakuan ganas
  • Mencederakan/merosakkan diri sendiri
  • Perlakuan berisiko tinggi
  • Mungkin menjadi ibu/bapa yang mendera anak
  • Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat yang menyebabkan kematian
  • Membunuh (Homicide)
  • Membunuh diri (Suicide)
  • Membunuh anak (Infanticide)
  • AIDS
  • Melakukan pengguguran haram
  • Kematian akibat kesan buruk kesihatan reproduktif
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/kesihatanmental/01kesihatan-mental-bagi-kanak-kanak0102mental-health-for-kids02/01faktor-perkembangan-kesihatan-mental0102factors-affecting-mental-health-development02
Semakan akhir : 02 Mei 2008
     
Penterjemah : Dr. Siti Aishah Saidin
Semakan 1 : En. Mohd Nizam B. Mohd Yusof
    Pn. Amisah bt Karto
    Pn. Zakiah Md. Nor

Keperluan Kesihatan Mental

Keperluan Kesihatan Mental

Kenapa perlu kesihatan mental kanak-kanak?
Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.

Masalah Seksual

Masalah Seksual

Pengenalan
Masalah seksual timbul apabila seseorang itu gagal untuk menikmati kepuasan dalam aktiviti seksual. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila seseorang itu telah berusia atau mempunyai pelbagai penyakit fizikal.
Antara punca kepada masalah seksual termasuk:
  • Penyakit fizikal seperti kencing manis, penyakit ginjal, penyakit di sekitar kawasan organ peranakan dan kemaluan serta kecederaan.
  • Penyakit mental seperti kemurungan, resah dan takut, selepas trauma, tekanan dan sebagainya.
  • Penggunaan arak, dadah atau merokok
  • Faktor sosial
  • Kesan sampingan ubat
  • Putus haid

Penyakit Mental Selepas Bersalin

Penyakit Mental Selepas Bersalin

Pengenalan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
  • Gangguan emosi postpartum
  • Kemurungan postpartum atau meroyan
  • Psikosis postpartum, juga disebut meroyan

Keperluan Kesihatan Warga Emas

Keperluan Kesihatan Warga Emas

Keperluan Kesihatan Warga Emas
Pada dasarnya keperluan asas anda boleh dijelaskan melalui Model Jadual Hidup Harian yang menyenaraikan 12 aktiviti asas. Seiring dengan keperluan psikososial yang lain, keperluan asas yang ditunjukkan ini perlu diberi perhatian bagi membolehkan anda menjadi lebih berdikari untuk hidup secara berkualiti.

Kesihatan Mental bagi Dewasa Bekerja

Kesihatan Mental bagi Dewasa Bekerja

Pengenalan
  1. Apakah peranan seorang dewasa?
    Insan dewasa dituntut memainkan peranan sebagai pasangan hidup, ibu bapa, pekerja dan ahli masyarakat dan perlu membangunkan sikap, minat dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan peranan-peranan tersebut
  2. Apakah harapan kepada peranan sosial seorang dewasa yang perlu dipenuhi untuk mencapai keperluan kesihatan mental?
    Untuk mencapai keperluan kesihatan mental seseorang dewasa perlu :-
    • mempunyai kemesraan. Ini melibatkan memberi dan menerima cinta, kasih sayang dan rasa dimiliki
    • memulakan sebuah keluarga dan memikul peranan keibubapaan. Mereka merasa selamat dan gembira apabila bersama.
    • menetapkan sasaran yang munasabah. Seseorang insan dewasa itu perlu hidup mengikut keupayaan diri dan mencuba yang terbaik dalam kerjaya mereka dan apa jua yang mereka lakukan dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan mereka.

Penyakit Mental

Pengenalan

Apa itu penyakit mental
  • Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
  • Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.
  • Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Adakah semua penyakit mental serupa?
Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:
  1. Neurosis:
    • Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.
    • Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:
      • Kemurungan
        • Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan.
      • Kebimbangan
        • Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya
  2. Psikosis:
    • Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas
    • Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan
    • Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah:
      • Schizophrenia :
        • Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.
      • Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):
        • Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).
  3. Kecelaruan Personaliti:
    • Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?
Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.
  1. Faktor genetik/ keturunan:
    • Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
  2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
    • Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
      • Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
      • Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
      • Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
      • Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
  3. Jangkitan virus:
    • Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.
  4. Sejarah hidup yang getir:
    • Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar
  5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
    • Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.
Bolehkah penyakit mental diubati?
  • Ya
  • Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.
  • Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan.
  • Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
Dimanakah bantuan boleh diperoleh?
Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.
Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan penyakit mental?
  • Ya
  • Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ). (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut)
  • GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.
  • Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ
  • Jika skor anda < 4 = : Anda tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Anda masih boleh mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda dengan mengikut petua-petua dan garis panduan yang disyorkan
  • Jika skor anda > 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk menjalani penilaian selanjutnya.
Rujukan
  • www.medscape.com/medscape/Psychiatry/clinicalupdate
  • American Psychiatric Association

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/kesihatanmental/01kesihatan-mental-bagi-dewasa0102mental-health-for-adult02/01masalah-mental-dewasa0102mental-problems-for-prime-years02
Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. Mohd Nasir bin Abdul Kadir

Menangani Kemarahan

Menangani Kemarahan

Apakah itu marah?
  • Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
  • Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
  • Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Kesihatan Mental Am

Kesihatan Mental Am

Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)

Pusat Krisis Bersepadu (OSCC)

Apakah Satu Pusat Penyelesaian Salah Faham (OSCC)

Ujian Saringan

Lelaki

Adakah saya sihat?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Travel With Good Health & Protection

Travel With Good Health & Protection

Introduction
Travelers are potentially exposed to a variety of health risks in unfamiliar environments. Most such risks, however, can be minimized by suitable precautions taken before, during and after travel.
Forward planning, appropriate preventive measures and careful precautions can substantially reduce risks of adverse health consequences during travel. Although the information here can guide the public and health-care provider toward more healthy and safe travel, a risk assessment of every traveler should be performed. Travel health advice needs to be tailored both to the individual and to the itinerary.

Penyakit Kelamin

Penyakit Kelamin

Pengenalan
Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Perancang Keluarga

Perancang Keluarga

Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
  • Berumur diantara 20 dan 35 tahun
  • Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
  • Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
  • Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  • Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi.

Apa itu kanser?

Apa itu kanser?

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan atau juga dikenali sebagai tumor.

Diabetes Mellitus

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Andropos

Andropos

Apakah itu Andropos?
Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen di kalangan lelaki berusia) .

Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
  • Ia berlaku secara perlahan-lahan
  • Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopaus dan penurunan hormon testosteron (hormon estrogen dalam wanita)
Apakah itu hormon testosteron?
  • Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  • Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop