Ubat kerinduan orang tua sebelum ajal menjemput
Oleh Hizbur Rahman
2012/05/13
ISLAM amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat kedua
selepas mentaati Allah SWT. Justeru, Allah SWT mewajibkan anak
memuliakan dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama.
Allah SWT juga secara tegas mengharamkan segala bentuk
penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas
landasan syarak.
Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang
dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya
sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’, ayat
23)