Bunuh Diri
Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa
sendiri sehingga menyebabkan kematian. Remaja yang membunuh diri
biasanya mempunyai sejarah seperti:
- Konflik keluarga
- Kegagalan personaliti
- Kehilangan sesuatu
- Kesukaran berkomunikasi
- Penyalahgunaan bahan terlarang
- Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?
Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri termasuklah:
- Kemurungan
- Salah faham dengan ibu bapa
- Gagal dalam perhubungan
- Gagal dalam peperiksaan
- Didera
- Dibuli
- Di tinggal sendirian
Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?
Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:
-
Berperasaan
- Sedih
- Marah
- Gelisah
- Rasa bersalah
- Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
- Tidak boleh tidur
- Hilang selera makan
- Sentiasa memikirkan tentang kematian
- Tidak boleh melakukan aktiviti harian
-
Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
- Minum arak
- Merokok
- Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
-
Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
- Memberi barang yang disayangi
- Meminta maaf
- Bercakap tentang kematian
Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?
Minta bantuan segera:
- Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
-
Hubungi talian bantuan
- Seperti: BEFRIENDERS
- Dapatkan nasihat keagamaan
- Jumpa doktor
Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?
Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!
Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?
Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:
- Ibu bapa
- Rakan karib
- Guru kaunseling
- Guru agama
Cari seseorang yang boleh:
- Mendengar
- Memujuk
- Mampu memberi nasihat
ATAU
Minta nasihat daripada:
- Doktor
- Pakar psikologi
- Pakar psikiatri
Semakan Akhir | : | 15 April 2008 |
Penulis | : | Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abd Ghani |
0 ulasan:
Catat Ulasan