Perubahan Perasaan
Mengapakah remaja cenderung mengalami perubahan perasaan?
Ini adalah disebabkan:
Banyak perubahan fizikal tubuh berlaku semasa kanak-kanak meningkat dewasa.
Perubahan hormon semasa akil baligh.
Tidak mampu menghadapi tindak balas sosial dengan perubahan yang berlaku.
Banyak perubahan fizikal tubuh berlaku semasa kanak-kanak meningkat dewasa.
Perubahan hormon semasa akil baligh.
Tidak mampu menghadapi tindak balas sosial dengan perubahan yang berlaku.
Bilakah perubahan perasaan merupakan suatu masalah?
Ia menjadi masalah bila:
Berlaku perubahan dalam corak pemakanan dan tidur anda. Penjagaan diri. Rasa sedih dan menangis secara tiba-tiba. Menjadi masalah dalam pembelajaran. Menjadi:
Terlalu bergantung kepada orang lain.
Berlaku konflik sosial. Membentuk tingkah laku yang merosakkan. |
|
Apakah komplikasi akibat perubahan perasaan?
Masalah kemurungan (Contoh - bimbang, terlampau takut).
Penyalahgunaan dadah.
Penyalahgunaan dadah.
Bagaimanakah mengendalikan perubahan perasaan yang tidak wajar?
- Perubahan perasaan banyak dipengaruhi oleh cara pemikiran seseorang
- Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengesan dan mengenali pemikiran dan kepercayaan negatif
- Gunakan pemikiran positif untuk mengatasinya
- Tukar pemikiran yang negatif kepada positif
Kaedah-kaedah dalam mengendalikan perubahan perasaan yang tidak lazim ini boleh di dapati dalam isu-isu Kesihatan Mental.
Kesilapan lazim dalam pemikiran
Perasaan banyak dipengaruhi oleh cara pemikiran seseorang. Ramai orang
sering melakukan kesilapan dalam pemikiran dan ini mendorong kepada
perubahan perasaan.
Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku dalam pemikiran di mana ia sering digunakan dalam mengendalikan peristiwa harian dan tekanan.
Terdapat beberapa kesilapan yang biasa berlaku dalam pemikiran di mana ia sering digunakan dalam mengendalikan peristiwa harian dan tekanan.
- Contohnya, anda mungkin berfikir rakan anda tidak menyukai anda lagi bila dia tidak lagi tersenyum dengan anda
Rakan anda mungkin menghadapi masalah pada hari itu, bukan tidak menyukai anda.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/01remaja0102teenagers02/01tumbesaran0102growing-up02/01emosi-anda0102your-emotion02
Semakan Akhir : 17 Januari 2009
Penulis : Pn. Norlizar bt. Abd. Razak
Penulis : Pn. Norlizar bt. Abd. Razak
0 ulasan:
Catat Ulasan