Keperluan Kesihatan Mental
Kenapa perlu kesihatan mental kanak-kanak?
Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar
dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak
perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak
mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak
apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan
fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga
keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan –
keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat
tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan
membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu,
aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi
perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin
kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial
yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak
dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu
bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka
agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu
kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri
serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan
keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang
sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
Apakah keperluan kesihatan mental kanak-kanak?
Keperluan kesihatan mental kanak-kanak adalah seperti berikut:
- Kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa
- Menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan-rakan sebaya
- Berpeluang membina keyakinan diri dan harga diri
- Persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin
- Memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan penjaga
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa
Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang
harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari
segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan
menjadi keutamaan. Kanak-kanak itu perlu mengetahui bahawa diri mereka
disayangi. Mereka perlu tahu bahawa kasih sayang yang diterima tidak
bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang
mereka lakukan. Sering kali, dalam sesebuah keluarga, wujud keadaan di
mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan
pencapaian mereka sebagai salah satu sebab mengapa mereka tidak
disayangi. Di samping itu juga, terdapat kanak-kanak yang merasakan
mereka mendapat kurang kasih sayang disebabkan diri mereka yang kurang
menyerlah dari segi kebolehan berbanding adik beradik yang lain. Dalam
situasi sebegini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang
diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka.
Mereka perlu tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing- masing dan segala kekurangan atau kegagalan perlulah
diterima seadanya. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa
dan ahli keluarga akan dapat membantu kanak-kanak yakin terhadap diri
sendiri dan berasa diri mereka dilindungi.
Kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan sebaya
Dalam membesarkan kanak-kanak, ada ketikanya ibu bapa terlupa
kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus
pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian
akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak langsung tiada masa bermain
atau beriadah. Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kataseperti “Kamu
asyik nak main sahaja” atau ”Baca buku itu, jangan main” tanpa menyedari
kepentingan bermain bagi kanak-kanak. Peluang seharusnya diberikan
kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada sendirian atau dengan
kawan-kawan secara berkumpulan.
Bermain merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur.. Bermain mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakkan mereka meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul.
Apabila bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam mengharungi kehidupan masa kini, ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan rakan sebaliknya membiarkan menonton televisyen, melayari Internet atau bermain ”video game” tanpa pemantauan dengan alasan tidak mahu anak keluar dari rumah. Amalan ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa seharusnya memastikan masa menonton dihadkan dan memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton supaya kanak-kanak tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif dari televisyen dan permainan video. Ibu bapa perlu bermain dengan kanak-kanak dan melakukan aktiviti bersama. Ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dan berkongsi pendapat bersama anak-anak.

Kanak-kanak perlu diberi peluang membina keyakinan dan harga diri.
Sebagai kanak-kanak, mereka seharusnya dibimbing untuk mencuba aktiviti
baru mengikut kebolehan mereka. Di peringkat kanak-kanaklah mula
terbentuk personaliti, keyakinan dan harga diri jika diberi bimbingan
yang baik. Harga diri terbentuk apabila kanak-kanak belajar menilai
diri, menyayangi diri sendiri menghormati diri sendiri dan orang lain.
Bagi mencapai kejayaan dalam sebarang bidang yang diceburi, kanak-kanak
semestinya mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi.
Keyakinan dan harga diri boleh dibentuk dengan beberapa cara antaranya
memberi pujian sekiranya berjaya dalam perkara yang dilakukan dan
galakan untuk mencuba lagi sekiranya menghadapi kegagalan. Ibu bapa
perlu memberi pujian kepada anak-anak sekiranya mereka telah berbuat
sesuatu perkara yang baik. Dengan cara ini, kanak-kanak akan merasa diri
mereka dihargai dan disayangi.
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata seperti ”Syabas” dan ”Tahniah” adalah antara kata-kata yang boleh menyuntik semangat kanak-kanak untuk berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan harga diri mereka. Sekiranya ibu bapa atau orang dewasa mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ”Kenapa bodoh sangat?” ”degil” dan ”tidak pandai”, ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa rendah diri. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dan menyindir bila kanak-kanak melakukan kesilapan. Mereka akan mempunyai perasaan takut untuk berbuat kesilapan dan membesar dengan mempunyai harga diri yang rendah. Selain itu, kanak-kanak perlu dibimbing untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan keupayaan mereka. Mereka perlu diberi dorongan dan bimbingan dalam menentukan matlamat dan cita –cita. Ibu bapa mestilah mampu berbincang dan mengakui kesilapan sendiri bila berbuat silap. Ini akan membantu mereka menghargai kejujuran dalam membentuk sifat-sifat terpuji semasa membesar.

Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin
Bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat,
persekitaran di mana kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat.
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perlindungan daripada keluarga
mereka. Untuk kanak-kanak ini membesar dengan penuh keyakinan,
kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan emosi yang
selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti
seharian. Sama ada persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat
jagaan,pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak perlulah
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku
kecederaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan
ini tidak tertakluk kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi
keselamatan emosi. Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh
mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh
dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun boleh menyebabkan
kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa menyalahkan diri mereka
sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa. Kanak-kanak yang
menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif serta
tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan
keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan
membantu kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan
menyatakan pendapat tanpa perasaan takut dan bimbang.
Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan disiplin sewajarnya dari ibu bapa, guru dan penjaga
Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, mereka perlu didisiplinkan .
Keluarga dan masyarakat bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan
disiplin sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam mendisiplinkan anak-anak,
ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka
melakukan kesalahan, hukuman perlu diberi. Walau bagaimanapun, hukuman
fizikal seperti merotan, memukul dan menampar akan menyebabkan
kanak-kanak memberontak dan menjadi lebih agresif. Hukuman yang diberi
perlu mengajar mereka mendisiplinkan diri sendiri seperti hukuman
mendenda mereka melakukan kerja rumah , tidak membenarkan mereka keluar
rumah untuk bermain (grounded), berdiri menghadap dinding (time-out),
atau memotong wang perbelanjaan bertujuan mengajar memperbaiki diri dan
ke arah kebaikan. Anak-anak perlu diterangkan mengapa mereka dihukum.
Ketegasan ibu bapa diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa
kemarahan hanya pada tingkah laku mereka dan bukan pada diri mereka.
Apakah kesan jika kesihatan mental kanak-kanak terganggu?
Sekiranya kesihatan mental kanak-kanak terganggu, kanak-kanak akan mengalami perkara berikut:
- pelajaran merosot
- bimbang, susah hati, kecewa dan sedih
- ponteng sekolah
- tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
- menjadi agresif dan melawan orang tua
- masalah kencing malam
- mengalami mimpi ngeri dan menakutkan
0 ulasan:
Catat Ulasan