KEPIMPINAN "LEVEL 5"
Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Kekuatan dan kejayaan sesebuah organisasi atau pasukan biasanya dilihat kepada ketokohan dan kepimpinan pemimpinnya. Kejayaan pemimpin pula biasanya diukur dari segi sikap, tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran di samping trait personaliti serta kewibawaannya dalam menerajui sesuatu kepimpinan. Oleh itu gaya dan jenis kepimpinan banyak mempengaruhi peribadi seseorang pemimpin di samping persekitaran di mana seseorang itu dipertanggungjawabkan. Pengetahuan mengenai teori kepimpinan dan strategi perancangan yang baik merupakan aset penting dan dalam melengkapkan seseorang pemimpin untuk mencapai visi dan matlamat organisasi. Oleh itu pelbagai pendekatan dan penemuan kajian telah diadaptasikan dalam praktik kepimpinan.
Tey (2010), menyatakan bahawa perkembangan organisasi bermula dengan pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran atau birokratik dan kemudian diikuti dengan pengurusan tingkah laku. Sejarah perkembangan dalam pengurusan dan kepimpinan ini terus berkembang dengan mengaplikasi sains tingkah laku diperkenalkan seperti yang dipelopori oleh Kurt Zadek Lewin bagi merancang dan membina suasana persekitaran kerja yang sihat. Diikuti oleh pengenalan kepada teori peranan pasukan oleh Meredith Belbin. Sementara douglas McGregor telah memperkenalkan Teori X dan Teori Y. Manakala dalam pembelajaran organisasi atau organizational Learning diperkenalkan bagi membentuk individu dan organisasi kea rah yang lebih positif telah diperkenalkan oleh Chris Agyris dan Donald Alan Schon pada tahun 1978 dan 1996. Pada tahun 1990 pula organisasi pembelajaran telah diperkenalkan dalam sistem pengurusan.
Perkembangan sejarah dalam pengurusan dan kepimpinan terus berkembang pada abad ke 21 dengan memperkenalkan Pengurusan pengetahuan atau knowledge management seperti yang dipopularkan oleh Ikujiro Nonaka dan Hirotaka Takeuchi di mana dalam pengurusan pengetahuan ini bermakna mengurus apa yang anda tahu dan mendapat ilmu pengetahuan yang betul daripada mereka yang betul pada masa dan cara yang betul. Perubahan dan penambahbaikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan ini semakin diambil perhatian oleh banyak penyelidik dan tokoh kepimpinan dunia dan kini hangat diperkatakan tentang Kepimpinan Tahap 5 atau Level 5 Leadership yang diperkenalkan oleh Jim Collins pada 2001.
Level 5 Leadership merupakan satu strategi pengurusan dan kepimpinan yang berlandaskan penyelidikan yang dilakukan selama lebih 5 tahun penyelidikan untuk kajian bertajuk “transforming good to great” ke atas sebelas syarikat yang hanya mengemukakan satu soalan. Collins (2005) menerangkan Level 5 Leadership merujuk kepada tahap paling tinggi dalam hieraki kebolehan eksekutif yang dikenal pasti dalam penyelidikan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa pemimpin di dalam mana-mana tahap yang empat boleh memberi kejayaan yang tinggi tetapi belum dapat lagi mengubah syarikat dari tahap baik kepada cemerlang. Walau bagaimanapun Collins (2001) juga mengingatkan bahawa Level 5 Leadership bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh membentuk atau mengubah syarikat dari yang baik kepada yang paling unggul. Sehubungan dengan itu terdapat faktor lain seperti mengenal pasti sesorang yang betul dalam bas dan meninggalkan mereka yang tidak berkenaan dari menyertai bas tersebut (getting the right people on the bus and wrong people off the bus) sebelum memulakan perjalanan ke arah distinasi organisasi. Selain itu membentuk budaya kerja berdisplin dan kajian ini telah menunjukkan budaya disiplin merupakan sangat penting dalam mentransformasikan sesuatu syarikat ke arah keunggulan. Dalam The Level 5 Hierarchy adalah seperti berikut:
Level 5
Executive
Builds enduring greatness through a paradoxical
Combination of personal humility plus professional will.
Level 4
Effective Leader
Catalyzes commitment to and vigorous pursuit of a clear and
Compelkling vision; stimulates the group to high performance standards.
Level 3
Competent Manager
Organizes people and resources toward the effective and
efficient pursuit of predetermined objectives.
Level 2
Contributing Team Member
Contributes to the achievement of group objectives;
works effectively with others in a group setting.
Level 1
Highly Capable Individual
Makes productive contributions through talent,
knowledge, skill, and good work habits.
Selain itu, Holleran (2006) menyatakan Jim Collins dalam bukunya Good to Great telah menerangkan bahawa elemen dalam kejayaan organisasi adalah bersandarkan kepada Level 5 Leadership tanpa mengira jenis perkhidmatan atau corak pentadbiran dan matlamat oprganisasi. Ini bermakna dalam apa juga bidang aplikasi Level 5 Leadership ini boleh diterapkan dalam apa juga bentuk kepimpinan seperti dalam sektor sosial, perniagaan, perkhidmatan katering atau perkhidmatan kebajikan dan pertubuhan. Apa yang penting Level 5 Leadership adalah bagaimana pemimpin sesuatu organisasi ini mengarah hala tuju dan seterusnya pengikut dapat seiring dengan kehendak organisasi yang boleh memberi makna yang signifikan untuk kehidupan individu.
Dalam Level 5 Leadership terdapat banyak elemen yang menyokong untuk memberi kesan yang lebih mendalam dan efektif ke atas kepimpinan tahap 5 kepimpinan ini. Menurut kajian yang dijalankan dalam “Good To Great”. Dalam kajian ini Level 5 Leadership tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan daripada amalan-amalan dalam kepimpinan. Dapatan kajian mendapati bahawa perkara pokok menyokong dalam Kepimpinan Tahap 5 ini adalah First Who, Stockdale Paradox, Buildup-Breakthrough Flywheel, The Hedgehong Concept, Technology Accelerators And A Culture of Discipline.
Selain itu perkara yang penting dalam Level 5 Leadership ialah The Yin and Yang of Level 5 menekan dua perkara perkara iaitu Personal Humility dan professional will. Berikut adalah pola dalam Personal Humility dan professional will yang diketengahkan oleh Jim Collins dalam Good to Great;
i) Personal Humility described as no airs of self-importance, shy, compelling modesty, reserved natured, mild-mannered, gracious, likes anonymity, self-effacing and channel ego needs into company.
ii) Professional will is described as fearless, ferocious resolve, stoic determination, ambitious for institution, wilful, inner intensity to make something the best and won’t take easy path.
Justeru itu, dalam Kepimpinan Tahap 5 ini menyatakan bahawa setiap syarikat yang baik hendaklah mempunyai Level 5 Leadership semasa masa peralihan disamping itu pemimpin lebih tahap ini lebih melihat kepada perkara yang boleg mendatangkan faktor kejayaan berbanding diri sendiri dan bila perkara yang tidak diingini berlaku mereka lebih menyalahkan diri sendiri dari mencari punca lain sebab kegagalan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
Dalam Level 5 Leadership menyatakan bahawa orang sebenarnya berpotensi menjadi pemimpin bertahap 5 dan percaya bahawa ramai orang yang boleh dan mampu mencapai tahap tersebut. Selain itu, dalam pengurusan Good to great menyatakan dalam Level 5 Leadership ini juga mempunyai orang yang banyak mendebatkan secara bersungguh-sungguh sesuatu perkara dalam mencari jawapan yang terbaik tanpa mengira siapa disebalik keputusan dan pengaruh kepentingan. Dalam pada itu, budaya dan amalan mendengar dan member (confront the brutal facts) perhatian apa yang dicadangkan oleh sesiapa juga merupakan faktor dalam mendorong kejayaan dalam Level 5 Leadership. Selain itu, dalam amalan Hedgehog Concept mementingkan pemahaman yang mendalam dalam tiga perkara yang saling berhubung iaitu “The key to understand what your organization can be the best in the world at, and equally important what it cannot be the best at-not what it” wants” to be the best at. The hedgehog concept is not a goal, strategy, or intention; it is an understanding.”
Sebagai kesimpulan Kepimpinan Tahap 5 ini merupakan satu pendekatan yang menekankan bebarapa perkara dalam proses ke arah mengubah organisasi dari baik kepada yang terunggul. Dalam Kepimpinan Tahap 5 ini juga terdapat lima fasa iaitu Tahap 1 hingga Tahap 5 di mana Tahap satu merupakan yang paling rendah dan Tahap 5 merupakan tahap paling tinggi. Di samping terdapat beberapa elemen penting yang mendokong Kepimpinan Tahap 5 bagi memastikan pendekatan dan amalan ini memberi kejayaan kepada pemimpin dan organisasi yang dipimpin.
Rujukan
Collins, J. (2005). Level 5 Leadership. The triumph of Humility and Fierce resolve. Harvard Business Review. The high-performance organization. July-August 2005.
Holleran, M. (2006). Good to Great: How “level 5” Leaders Transform Aging Services. FutureAge: May-Jun 2006
Seidler, M. (n.d). Level 5 Leadership – Can YOU make it?. Available online margaret@margeretseidler.com
Tey, B. S. (2010). Get Real Young Manager. Malaysia: Leeds Publications.
0 ulasan:
Catat Ulasan