Sabtu, 24 Mac 2012

Kepimpinan Berpasukan

KEPIMPINAN BERPASUKAN

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Pasukan merupakan satu kelompok kumpulan individu yang bekerja sama untuk menyelesaikan objektif yang tidak boleh diselesaikan oleh seorang individu. Oleh itu menurut Margaret Mead dalam Maxwell (2001) menyatakan kekuatan dan kuasa pasukan dengan menyatakan,
“Never doubt that small group of thoughtful, committed people can change the world. Indeed it is the only thing that ever has”
Oleh yang demikian, di dalam organisasi besar terdapat pelbagai unit atau jabatan. Setiap unit atau jabatan pula kadang kala terbahagi atau terbentuk satu kumpulan atau pasukan. Mana kala setiap kumpulan dan pasukan ini pula mempunyai pemimpin atau ketuanya yang tersendiri yang dilantik khas bagi menerajui dan membimbing ahlinya. Oleh sebab itu, terdapat jabatan yang cemerlang dan ada jabatan yang kurang cemerlang dan ada pula yang lansung tidak menunjuk prestasi yang memberangsangkan dalam mencapai matlamat organisasi. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Heath (2010), kecemerlangan sesebuah pasukan adalah pasukan yang berfungsi sepenuhnya mengikut kemampuan selaras dengan objektif dan matlamat organisasi. Ini didukung oleh kepimpinan dan juga individu yang menjadi pengikut atau ahli pasukanya. Kerjasama dan kesepaduan di antara dua pihak memainkan peranan penting sesebuah pasukan dalam menentukan kejayaan dan keberhasilan sesuatu produk dalam organisasi tersebut. Oleh itu, pemimpin memainkan peranan penting dalam mempastikan pasukanya sentiasa dapat bekerjasama dan bersatu padu.
Terdapat beberapa perbezaan di antara kumpulan dan pasukan di mana dalam kumpulan terdapat nilai dan komitmen yang berbeza di kalangan ahli di samping ahli kumpulan juga tidak bergantung kepada satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa dalam kumpulan mereka lebih banyak melaksanakan tugas dengan bersendirian. Walau bagaimanapun adalah dipercayai bahawa dalam kumpulan mempunyai seorang pemimpin yang kuat. Berbeza dengan pasukan di mana ahli pasukan akan berkongsi misi dan tanggungjawab serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai satu matlamat dan tanggungjawab. Ahli pasukan juga berkongsi peranan kepimpinan dan saling bekerjasama dan bersatu hati dan menunjukkan akauntabiliti terhadap tugas masing-masing.Tiada perbezaan  dalam pasukan dan mementingkan persamaan bagi mencapai kejayaan keseruhan pasukan.
Dalam organisasi baik di dalam kumpulan atau pasukan kerjasama adalah penting kerana banyak faedah yang boleh didapati contohnya memberi kekuatan kepada pasukan dan ahli, cepat membuat keputusan, dapat mengelak kesilapan yang besar selain daripada terbentuknya idea yang inovatif dan merangsangkan semangat individu dan pasukan. Dengan itu maka segala keperluan dapat dipenuhi dan seterusnya akan lahir kepuasan dalam kerjaya.
Manakala jika di dalam organisasi tiada persefahaman dan kerjasama di kalangan ahli maka berlakulah konfliks dalam organisasi, kekangan dalam produktiviti  organisasi seterusnnya memberi tekanan dan masalah kepada pencapaian standard produktiviti organisasi dan hubungan sosial yang tidak baik di kalangan ahli. Oleh itu, menurut Heart (2010) untuk menjalinkan kerjasama dalam pasukan dan organisasi pemimpin pasukan haruslah melaksanakan tugas dengan  memainkan fungsinya yang sebenar. Contohnya pemimpin jangan sekali-kali mengarah staf bawahan bagaimana untuk melakukan sesuatu tetapi hendaklah memberi tahu  mereka apa yang harus dilakukan dan ini akan memberi kejutan dan semangat yang tinggi untuk mereka melaksanakan tugas.
 Selain itu Heart (2010), juga menyarankan agar pemimpin memberi cabaran yang betul-betul mencabar dalam tugasan yang diberikan sama ada secara sedar atau tidak mereka cuba untuk berusaha mencapai tugas tersebut. Selain itu, pemimpin harus tahu apa yang boleh memberi motivasi dan semangat kepada setiap ahlinya untuk menjalankan tugasnmya dengan baik. Di samping itu, pemimpin harus tunjukkan tugsan itu dari sudut bagaimana pemimpin melihat sesuatu tugas itu agar mereka tidak lari dari matlmat asal dan akhirnya ahli pasukan menyelami secara mendalam  tugasan dan komitmen agar dapat memberi motivasi dalam diri mereka.
Penyelesaian masalah dan mengambil keputusan merupakan dua perkara yang amat payah dan memerlukan kerjasama dalam pasukan untuk mendapat keputusan yang baik. Oleh itu kerja berpasukan merupakan tunggak utama dalam menentukan keharmonian dan kesejahteraan organisasi. Sehubungan dengan itu seorang pemimpin harus tahu bagaimana mengurus konflik, mengurus staf dan seterusnya memahami situasi organisasi. Oleh itu dalam pasukan seseorang pemimpin tidak boleh lari dari membuat keputusan. Menurtut Tey (2010) mengatakan dalam membuat keputusan sesorang itu harus pandai dan tahu bagaimana mengurus emosinya. Pertimbangan emosi yang baik dan stabil akan menentukan hasil keputusan yang tepat dan boleh diterima ramai. Seperti yang ditegaskan oleh Drucker dalam Tey (2010),
“A decision a judgment. It is a choice between alternatives. It is rarely a choice between right and wrong. It is is a best a choice between ‘almost right’ and ‘ probably wrong’.”
Dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Tey (2010) mencadangkan beberapa perkara seperti berikut sebagai panduan antaranya ialah (1) kenali dan fahami apa masalah yang dihadapi, (2) libat mereka yang benar-benar tahu atau pakar dan jelaskan secara jelas peranan mereka, (3) dapatkan pendapat dan galakkan pertambahan pendapat dengan mengambil kira semua pendapat ahli, (4) cari jalan penyelesaian yang pelbagai atau pendapat altenatif lain, (5) ambil tindakan, (6), kenal pasti bagaimana mengukur kejayaan sesuatu maklum balas yang diterima dan (7) penilaian yang formal serta pengurusan laporan adalah sangat perlu  tetapi ianya tidak mencukupi kerana untuk mendapat jawapan yang tepat.  Ini adalah kerana membuat keputusan adalah bertujuan untuk menggerakan visi dan tenaga serta sumber yang ada dalam organisasi dalam menentukan sesuatu tanggungjawab itu djalankan dengan betul dan berkesan.
Menurut Roman (2010) terdapat beberapa perkara yang pemimpin harus tahu dan pasti dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dalam pasukan seperti adakah terdapat perbezaan di antara mengurus jabatan berbanding menerajui pasukan kerana kedua-duanya juga melibat pemimpin terlibat dalam melaksanakan perkara seperti memberi arahan dan delegasi, merancang, menentukan objektif dan matlamat mesyuarat  serta mengurus segala aktiviti dan tanggungjawab di samping bekerjasama dengan individu lain dalam pasukan. Selain itu pemimpin harus membina suasana organisasi yang baik dan boleh mempengaruhi individu lain dan seterusnya dapat memberi  motivasi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan mereka di samping mendapat kepercayaan dan hormat dari ahli pasukan.
Selain itu, Roman (2010) menyatakan lima kemahiran yang kritikal di kalangan pemimpin pasukan ialah mereka harus memahami jenis tingkah laku staf, berkomunikasi secara efektif, menghargai dan menyanjung apa juga pandangan dan pendapat ahli pasukan serta dapat menerima dan mengurus kritikan dari ahli dengan cara yang baik. Selain itu pemimpin harus menggunakan kaedah penyelasaian masalah dan membina hubungan yang baik dalam mempengaruhi ahli pasukan. Dengan melaksanakan lima perkara ini, dipercayai bahawa pemimpin itu akan mendapat kepercayan dan dari setiap ahli pasukan dalam mencapai matlamat dan objektif organisasi atau pasukannya.
Menurut Manning dan Curtis (2009), untuk mencapai pasukan yang berprestasi tinggi dalam sesebuah organisasi pemimpin hendaklah mengamalkan kepimpinan yang efektif dan berkeyakinan. Seseorang pemimpin harus memainkan peranannya seperti mana dapatan kajian oleh  USS Kitty Hawk  di Amerika Syarikat dalam kajian di kalangan juara sukan kebangsaan dan pasukan pembedahan jantung mendapati bahawa  lapan krakteristik  yang sentiasa ada dalam pasukan itu ialah mempunyai matlamat yang jelas, struktur mengarah kepada keputusan, ahli pasukan yang berkeyakinan, menyatukan segala komitmen, sentiasa berklobrasi, kecermerlangan yang sama atau standard, sokongan dari luar dan pengiktirafan serta prinsip kepimpinan. Sementara itu, kegagalan sesuatu pasukan berlaku  apabila sesuatu matlamat tidak jelas  dan berlaku olitikal dalam pasukan dan membiarkan perkara yang personal berlaku dalam pasukan  dan dibiarkan menular tanpa penyelesaian dan pengurusan yang baik.
Selain itu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi pemimpin pasukan ialah mengelak dari menjadi pemimpin yang tidak menyumbang kepada keberkesanan pasukan. Antara halangan yang dikenal pasti dalam keberkesana pasukan ialah mempunyai ketua atau pemimpin yang tidak efektif, strategic perancangan yang lemah, matlamat yang tidak jelas, ganeda personal dan kekurang penghargaan dan pengiktirafan dalam pasukan. Oleh itu untuk mencapai pasukan yang efektif sesorang pemimpin pasukan harus mempunyai strategi peranangan yang jelas dan efktif, berkongsi pandangan dan pendapat dan tanggungjawab, mengurus konflik Dan sentiasa berkomunikasi dengan berkesan menetuakan aras kecemerlangan pasukan secara realistik.
Kesimpulannya kejayaan sesuatu pasukan adalahg bergantung kepada pengurusan kepimpinan pasukan, krateristik pemimpin dan ahli pasukan . Selain itu, kebijaksanaa dalam penyelesaian masalah dan mengambil keputusan juga penting dalam menyumbang kejayaan pasukan. Jika kesemua elemen ini digabungkan dengan baik maka sudah tentu matlamat dan objektif pasukan akan dapat dicapai dengan sempurna.


Rujukan
Heath, M. (2010). Leadership Secrets. London: Harper Collins publisher.
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.
Maxwell, J. C (2001). The 17 Indisputable laws of tem work. New York: Thomas Nelson Inc.
Roman, K. H (2010). Five critical skills for team leadership. Collegiate project Services: 1-5 on line : www.collegiateproject.com;
Tey, B. S (2010). Get real young manager!. Malaysia: Vinlin Press Sdn. Bhd.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop