KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL DAN KRISMA
Merikan aren
mbarsu64@yahoo.com
Manning dan Curtis (2009) menyatakan bahawa kepimpinan transformational telah mula dibincangkan dalam sejak tahun 1973 oleh J.V. Downton dan dilihat sangat penting dalam perkembangan kepimpinan. Mengikut teori kepimpinan terdapat perbezaan di antara kepimpinan transformational dan transactional.
Kepimpinan transactional lebih menekankan kepada perubahan di antara pemimpin dan pengikut manakala kepimpinan transformasional fokus kepada potensi perhubungan di antara pemimpin dan pengikutnya contohnya sentiasa mendorong pengikutnya untuk mencapai objektif yang sama dan melibatkan kedua-dua pihak. Segala hasil yang diperolehi memberi motivasi kepada pengikut untuk terus maju untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik di masa akan datang. Manakala transactional bergantung kepada situasi seperti kalau sesorang menunjukkan kecemerlangan dalam tugas maka dia akan diberi pampasan. Pemimpin transactional juga berbeza dalam menilai keperluan d imana mereka lebih menekankan keperluan yang rendah berbanding keperluan yang tinggi seperti kemantangan dan pembangunana organisasi pimpinanya (Jandaghi, Matin & Farjami, 2009).
Kepimpinan transactional lebih menekankan kepada perubahan di antara pemimpin dan pengikut manakala kepimpinan transformasional fokus kepada potensi perhubungan di antara pemimpin dan pengikutnya contohnya sentiasa mendorong pengikutnya untuk mencapai objektif yang sama dan melibatkan kedua-dua pihak. Segala hasil yang diperolehi memberi motivasi kepada pengikut untuk terus maju untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik di masa akan datang. Manakala transactional bergantung kepada situasi seperti kalau sesorang menunjukkan kecemerlangan dalam tugas maka dia akan diberi pampasan. Pemimpin transactional juga berbeza dalam menilai keperluan d imana mereka lebih menekankan keperluan yang rendah berbanding keperluan yang tinggi seperti kemantangan dan pembangunana organisasi pimpinanya (Jandaghi, Matin & Farjami, 2009).
Perkataan krisma memberi maksud bahawa seseorang pemimpin dikurniakan anugerah satu kualiti dalam dirinya yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain secara semula jadi. Dengan perkataan lain krisma adalah anugerah kuasa kepimpinan. Selain itu, pemimpin yang berkrisma mempunyai gabungan krakteristik trait personaliti dan tingkah laku seperti dominan, bercita-cita tinggi, berkeyakinan dan sentiasa mempunyai perasaan yang kuat terhadap keperluan.
Pemimpin yang unggul, berwibawa dan berkrisma boleh memberi inspirasi kepada orang lain dan sentiasa bergerak maju ke hadapan dengan sendiri tanpa sebarang dorongan yang memaksa. Dorongan dan kepercayaan yang diberikan adalah berdasarkan inspirasi dan pengaruh yang yang menjadi aura kepada pengikut untuk setia dan selesa dengan kepimpinan seseorang pemimpin. Pemimpin yang berkrisma biasanya akan mendapat sanjungan dan sentiasa dikenang sampai bila-bila (Jandaghi, Matin & Farjami, 2009).
Manning dan Curtis (2009) juga telah menyenaraikan jenis tingkah laku yang terdapat pada seseorang pemimpin yang berkrisma seperti menjadi model kepada nilai dan kepercayaan yang dia inginkan pengikutnya turut serta seperti yang dilakukan oleh Ghandi. Pemimpin yang berkrisma juga memberi contah tauladan yang baik yang menjadi satu kehormatan kepada dirinya dan mempunyai matlamat yang unggul tanpa melangkaui batasan moral. Selain itu gaya dan corak komunikasi yang ada pada pemimpin yang berkrisma menunjukkan ekspektasi yang tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai ekspektasi tersebut. Selain itu, pemimpin berkrisma juga sentiasa menyuntik motivasi ke atas pengikutnya untuk melaksanakan tindakan dengan menekankan kepada affiliation, kuasa dan pencapaian.
Antara personaliti dan tingkah laku seorang pemimpin yang berkrisma adalah sentiasa menjaga stafnya, bekerja bersungguh-sungguh, sentiasa memberi jawapan yang betul, saling mempercayai, sentiasa meletakkan satu harapan yang tinggi dan mengenali setiap orang dalam pasukannya atau organisasinya. Di samping itu, weLEAD (2003) menyatakan bahawa pemimpin transformational juga mempengaruhi pengikutnya dengan menjadikan dirinya sebagai guru, mentor dan jurulatih kepada pengikutnya. Corak kepimpinan ini tidak hanya ada pada seorang pemimpin tetapi juga berlaku di kalangan pengikut atau ahli dalam organisasi di mana seseorang pengikut boleh mempengaruhi pihak atasan , rakan atau orang dibawah jagaannya.
weLEAD (2003) juga menyenaraikan empat jenis kepimpinan transformational iaitu (1) Pengaruh yang ideal (berkrisma), (2)inspirasi motivasi (3) Keperihatinan (4) stimulasi intelektual. Ini dapat diringkaskan seperti mana yang dikatakan oleh Steven Covey dalam weLead (2003),
“The goal of transformational leadership is to “transform” people and organizations in literal sense-to change them in mind and heart; enlarge vision, insight, and understanding; clarify purpose; make behaviour congruent with beliefs, principles, or values; and bring about changes that are permanent, self-perpetuating and momentum building.”
Jandaghi, Matin dan Farjami (2009) pula menyatakan pemimpin transformational mempunyai visi dan mencabar orang lain untuk melakukan kerja yang lebih daripada biasa dan percaya pemimpin seperti ini akan dapat membina satu landasan baru untuk organisasi moden kerana percaya mereka mempunyai sumber yang boleh merubah segalanya.
Tey (2010) menyatakan pemimpin transformational boleh mempamerkan atau memberi nilai kesan perubahan yang berpanjangan di kalangan ahlinya dan organisasinya manakala pemimpin transactional pula lebih berkepentingan untuk mencapai faedah hasil dari kerja yang dilakukan oleh pengikutnya.Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah perbezaan di antara transactional dan transformational:
Transactional Leadership | Transformational leadership |
The transactional leader: - Recognizes what we want to get from work and tries to ensure that we get it if our performance merits it - Exchanges rewards and promises for our effort - Is responsive to our immediate self-interests if they can be met by getting the work done. | The transformational leader; - Raises our level of awareness and consciousness about the significance and value of designated outcomes, and different ways of reaching them - Enables us to transcend our own self-interest for the sake of the team, organization or larger polity - Alters our needs level (after Maslow’s hierarchy) and expands our range of needs and wants. |
Selain itu mengikut Tey (2010) pemimpin transformational juga memiliki aspek moral yang seperti krakter moral untuk seorang pemimpin, nilai etikal yang kukuh dalam visi articulasi dan agenda yang mana mungking pengikutnya menyokong atau atau menolak. Selain itu berpegang teguh pada pemilihan etika sosial dan tindakan yang mana pemimpin dan pengikut bersatu dalam satu tujuan. Poemimpin transformational ini boleh dikatan mempunyai integrity yang tinggi, berlaku adil, mempunyai objektif yang jelas, mengkehendaki standard pencapaian hasil yang tinggi, memberi galakan, sokongan dan menghargai apa yang dilakukan oleh ahlinya serta sentiasa bersama ahli organisasi serta memimpin pengikut melihat apa yang boleh dilakukan diluar kemampuannya dan yang diminati. Selain itu, pemimpoin ini juga member ispirasi kepada pengikutnyauntuk maju dan Berjaya dalam mencapai apa yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun mengikut Tey (2010), kita tidak boleh keliru dengan pemimpin yang transformational dengan pemimpin yang berkrisma. Pemimpin yang transformational mempunyai krisma tetapi pemimpin berkrisma tidak semestinya transformational. Ini adalah kerana terdapat pemimpin yang berkrisma yang tidak mempunyai akhlak atau moral yang tinggi dan membiarkan pengikutnya dengan cara tersendiri tanpa dipedulikan.
Sebagai kesimpulan, pemimpin yang baik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan dan nilai serta keperluan pengikutnya, bersesuaian dengan objektif organisasi, keperluan tugas dan tanggungjawab dan persekitaran luaran dan ini akan lebih memberi keupayaan kepada pemimpin untuk menjadi pemimpin yang lebih efektif. Oleh itu, pemimpin yang dipilih menerajui sesuatu organisasi atau pasukan hendaklah seorang yang tepat dengan tugasan dan tempatnya. Pemimpin juga haruslah seorang yang berkrisma dan mengamalkan transformational dalam gaya kepimpinan dan nilai peribadinya. Gabungan kedua-dua krakteristik ini akan lebih menonjolkan keupayaan pemimpin dalam memberi kesan yang lebih efektik kepada kecemerlangan organisasi pimpinannya.
Rujukan
Jandaghi,G., matin, H.Z & Farjami, A. (2009). Comparing Transformational Leadership in Successful and Unsuccessful Companies. International Journal of Human and Social Sciences 4:3 2009.
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition
Tey, B. S (2010). Get real young manager!. Malaysia: Vinlin Press Sdn. Bhd.
weLEAD (2003). What is “Transformational leadership’?
Online: WW.hillconsultinggroup.org.
0 ulasan:
Catat Ulasan