KEPIMPINAN
Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com
Setiap kelompok, kumpulan atau pasukan mahupun organisasi memerlukan seorang ketua atau pemimpin bagi menerajui kumpulan atau organisasi tersebut untuk mencapai matlamat atau visi yang ingin dicapai. Oleh yang demikian pemilihan pemimpin sama ada secara lantikan atau diangkat sebagai pemimpin biasa mempunyai satu kelebihan yang membezakannya daripada individu lain dalam kelompok atau organisasi tersebut. Sehubungan dengan itu, ada pendapat mengatakan bahawa pemimpin itu dilahirkan dan mempunyai cirri-ciri pemimpin secara semula jadi di mana sifat-sifat kepimpinan memang sudah sedia ada dalam diri seseorang itu. Sementara itu, ada juga pendapat mengatakan bahawa pemimpin itu dibentuk dan dilatih (Zenger & Folkman, 2005).
Keperluan kepada seseorang pemimpin yang kuat dan berkesan di mana penyelidikan membuktikan bahawa terdapat kolerasi yang tinggi antara keberkesanan kepimpinan dan kesan yang dihasilkan. Adalah dipercayai bahawa pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam kepimpinan mempunyai hasil yang lebih baik daripada pemimpin yang tidak mendapat latihan atau tidak melalui proses belajar. Ini jelas seperti yang dinyatakan oleh Zenger dan Folkman (2005),
“Kami tidak jujur dari segi intelek jika kami tidak menyatakan bahawa ada sesetengah orang yang mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi menjadi pemimpin daripada orang lain. Tetapi ini tidak bermakna pengurus biasa tidak dapat menjadi pemimpin luar biasa”.
Takrifan mengenai istilah kepimpinan mempunyai makna yang berbeza-beza. Kepimpinan adalah merupakan kemampuan pemimpin mempengaruhi pengikut suapaya menumpahkan keseluruhan komitmennya ke arah mencapai matlamat organisasi (Manning & Curtis, 2009; Kouzes & Posner, 2007). Selain itu, kepimpinan adalah berkaitan dengan bagaimana seseorang itu mempengaruhi dan berupaya memujuk dan memberi kepuasan kepada pengikutnya (D’Alessio, 2006)
Adair (2009) telah menyenaraikan tiga jenis dan gaya kepimpinan yang dipraktikan oleh kebanyakan pemimpin iaitu autokratik, dmokratik dan Laissez-faire. Perbezaan gaya kepimpinan ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran, tanggungjawab dan tugas, jenis pengikut dan masa di mana perlaksanaan dan keperluan gaya kepimpinan adalah boleh berubah mengikut situasi dan jenis keperluan sama ada diperingkat kepimpinan atau keperluan pengikut dan jenis tanggungjawab. Oleh itu, pemimpin sendiri berhak untuk memilih dan menentukan jenis dan gaya kepimpinan yang dikehendakinya.
Selain itu, terdapat perbezaan di antara pengurus dan pemimpin antaranya ialah:
Pengurus | Pemimpin |
· Mentadbir · Menyelenggara tugas · Focus kepada system · Mempunyai pandangan jangka pendek menanya soalan ‘bagaimana’ dan ‘bila’ · Memandang angka untung dan rugi · Menerima staus –quo · Menumpu kepada kecekapan | · Membawa pembaharuan · Membangunkan dan meneruskan idea · Menumpu kepada manusia dan semangat · Mempunyai perspektif jangka panjang · Menanya soalan ‘apa’ dan ‘mengapa’ · Mencabar status-quo · Focus kepada keberkesanan |
Di samping itu, perbezaan di antara pemimpin dan pengurus dimana dikatakan bahawa pemimpin biasanya mempunyai cirri-ciri seperti berani, kreatif, fleksibel, berinspirasi, inovatif, berimaginasi, eksperimental dan kuasa perseorangan. Manakala pengurus dikatakan mempunyai cirri-ciri seperti rasional, berstruktur, perunding, penstabil dan mempunyai kuasa posisi atau jawatan (Adair, 2009).
Adair (2009), menerangkan peranan pemimpin adalah untuk mencapai tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dismap[ing memperkembang dan membangunkan individu dalam organisasi yang dipimpinnya serta membina dan mempertahankan pasukan yang dipimpinnya. Oleh itu, Adair (2009) mencadangkan bahawa pemimpin itu haruslah mempunyai realiti dalam memberi arahan, serta sentiasa belajar melalui pengalaman dalam mengurus sesuatu tugasan dan menghadapi cabaran dalam kepimpinannya.
Walker (2005) menerangkan bahawa untuk menjadi pemimpin yang berkesan seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai asas kepimpinan dalam diri sebagai pemimpin. Selain itu prinsip kejujuran dan sifat merendah diri merupakan sifat yang boleh menjadi asas kepada kejayaan kepimpinan yang berkesan dan pemimpin itu haruslah mempunyai latihan atau belajar menjadi pemimpin. Adalah dipercayai pemimpin yang mengamalkan kod etika kepimpinan akan menjadi yang lebih baik dan berkesan akan sentiasa mendapat sokongan dari pengikutnya. Ini adalah kerana jika pemimpin sentiasa mengikut peraturan maka dia akan tidak bimbang tentang kepercayaan dan kesetiaan pengikutnya.
Dalam tingkat kepimpinan menurut Tey (2010), terdapat cirri-ciri seperti personhood atau tingkat tertinggi di mana pemimpin ini lebih menghormati dan mengutamakan pengikutnya dari dirinya seperti menjadikan dirinya teladan atau contoh kepada pengikutnya serta menjadi perunding serta suka melihat pengikutnya berjaya dan mempu membawa organisasi lebih maju ke hadapan. Tingkat ke dua adalah perkembangan personnel iaitu pemimpin ini akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu supaya dapat kekal ditahap ini seperti sedar bahawa pengikutnya adalah harta yang bernilai serta memberi peluang kepada pengikut dan bukannya mementingkan diri sendiri serta mampu mempengaruhi pengikut ke arah mencapai matlamat.
Seterusnya tingkat dalam kepimpinan adalah produk atau production di mana pemimpin dipatuhi kerana peranannya kepada organisasi di mana pemimpin mempunyai akuantabiliti dan meningkatkan komunikasi berkesan dan mematuhi visi organisasi serta menjadi agen perubahan dan mementingkan masa. Selain itu pemimpin juga mengutamakan hubungan dengan pekerjanya di mana pemimpin menyanyangi pengikut dan orang lain dan mempunyai sifat empati yang tinggi serta melaksanakan tugas dengan falsafah menang-menang di samping melibat pengikut dengan aktiviti kepimpinan. Manakala posisi iaitu tingkat terendah adalah di mana pemimpin dipatuhi disebabkan oleh faktor keterpaksaan atau perlu berbuat demikian. Pemimpin seperti ini mempunyai ciri-ciri seperti mengetahui diskripsi kerja dengan sepenuhnya serta mendalami sejarah organisasi melakukan kerja dengan kecemerlangan yang tekal serta melakukan tugas melebihi daripada yang dijangkakan di samping mempunyai idea yang kreatif untuk perubahan dan peningkatan organisasi pimpinannya.
Kejayaan dan kecemerlangam organisasi adalah bergantung kepada keupayaan pemimpinnya menerajui organisasinya dan mengamalkan kepimpinan yang efektif. Kepimpinan efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangunkan kerjasama dan mendorong tindakan. Pemimpin yang efektif hendaklah menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertibangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat. Selain itu memberi motivasi yang kuat kepada kelompok ini yang mana tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi di samping mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut serta mendapat dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan kerelaan atau kelompok kerjayanya diperlukan untuk menghasilkan organisasi itu.
Justeru itu, untuk menjadi pemimpin yang berkualiti seseorang pemimpin itu harus mempunyai tubuh badan yang sihat, minat dan didikasi, bersikap sosial, taat setia, pintar serta mempunyai daya usaha dan pintar. Selain itu pemimpin juga harus mempunyai sifat jujur, berdisiplin, tegas dan fleksibel serta mempunyai keyakinan diri. Kualiti yang harus ada pada pemimpin adalah mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipimpin terutama mengenai organisasi, pengikutnya, kebolehan dan kemahiran yang dimilikinya untuk diterap dan disesuaikan dengan organisasi serta tugas atau bidang yang dipimpinnya. Kebolehan berkomunikasi dan berhubung merupakan elemen penting selain daripada kebolehan membuat pertimbangan dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah (Tey, 2010; Manning & Curtis, 2009).
Selain itu, Heart (2010) menyatakan antara sifat dan cirri-ciri kepimpinan seseorang pemimpin hendaklah berani melakukan perubahan dengan mengembangkan visi perubahan yang hendak dilakukan kepada setiap orang ahli dan setiap poerubahan hendaklah konkrit, khusus, menghuraikan secara efektif matlamat dan menyakin setiap ahli, realistik, dan boleh diguna pakai serta mudah difahami. Selain itu, hendaklah sentiasa sensitif terhadap setiap perubahan yang ingin dilakukan kerana terdapat peringkat yang harus dilalui dalam merencanakan perubahan seperti penolakkan ahli, ahli yang engkar dan tidak mahu berubah dan hendaklah mengeksplorasikan sesuatu perubahn itu dengan mendalam sebelum dilaksanakan di samping memberi komitment yang tinggi ke atas setiap perubahan yang direncanakan.
Kenyataan di atas disokong oleh Kouzes dan Posner (2007) menjelaskan bahwa “Leadership is major way in which people change the minds of others and move organizations forward to accomplish identified goals.”. Kerana itu Kouzes dan Posner (2007) juga mengatakan bahawa kepimpinan yang berkesan merupakan faktor utama kekuatan dan ketahan serta kejayaan sesebuah organisasi. Selain itu, pemimpin juga dikatakan merupakan pengerak dalam mentransformasikan potensi kepada realiti sesebuah organisasi. Ketua juga haruslah memberi idea dan cadangan baru terhadap pradigma organisasi dan kepimpinan jika ketua yang lama sudah hilang kefungsian dan tidak lagi efektif.
Menurut kajian dalam kepimpinan dan pengurusan mendapati bahawa kepimpinan transformasi merupakan kepimpinan yang lebih efektif berbanding dengan dan gaya kepimpinan lain. Ini adalah kerana pemimpin transformasi menurut Kouzes dan Posner (2007) pemimpin memeriksa dan mencari keperluan dan memotivasi ahli atau pengikutnya dalam mencari agenda yang lebih tinggi dalam keperluan seperti visi dan perubahan organisasi. Selain itu, adalah dipercayai bahawa pengikut akan mengikut pemimpin yang memberi inspirasi kepada mereka. Pemimpin transformasi juga dikatakan boleh mencapai sesuatu yang diluar jangka dalam misi dan visi yang dia inginkan di samping dapat memberi kekuatan dan semangat tinggi dalam sesuatu yang dilaksanakan oleh dirinya dan juga pengikutnya.
Sebagai kesimpulan, dalam kepimpinan ini terdapat tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez faire. Kualiti dan keberkesanan kepimpinan seseorang berdasarkan trait dan amalan serta kemahiran, pengetahuan dan siapa pengikut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kepimpinan sesebuah organisasi. Juga dipercayai kepimpinan transformasi dan demoratik banyak mempengaruhi kejayaan kepimpinan seseorang pemimpin dan organisasi pimpinannya.
Rujukan
Adair, J. (2009). Effective Leadership: How to be a successful leader. UK: Gower Publishing Ltd.
D’Alessio,F. A (2006). Some reflection on leaders and leadership. Business leadership Review III:1 :1-5
Heath, M. (2010). Leadership Secrets. London: Harper Collins publisher.
Kouzes, J.m. & Posner, B. Z. (2007). The leadership Challenge (4th Ed). Jossey-Bass
Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.
Tey, B. S (2010). Get real young manager!. Malaysia: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Walker, C. A ( 2005). Effective Leadership; Twelve words to lead by, Twelve Words to live by. United State of America:
Zenger, J. H. & Folkman, J. (2005). Panduan Untuk Pemimpin. 24 pengajaran bagi kepimpinan luar biasa. (Edisi Bahasa Melayu). Malaysia: McGraw Hill.
0 ulasan:
Catat Ulasan