Sabtu, 24 Mac 2012

Kepimpinan: Teori Kontegensi

 KEPIMPINAN: TEORI KONTIGENSI

Merikan Aren
mbarsu64@yahoo.com

Perkembangan sesebuah organisasi biasanya berlaku kerana pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam mengurus dan mengendalikan organisasi yang diterajui. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan tersendiri yang menjadi tunggak kepada kejayaan  sesebuah organisasi. Selain itu, pengetahuan dalam kepimpinan selalunya lahir secara semulajadi di samping melalui pembelajaran formal dan tidak formal. Oleh itu, bagaaimana seseorang pemimpin itu dapat menerajui sesebuah organisasi bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan yang tidak kurang penting adalah bagaimana individu tersebut mengurus gaya kepimpinannya. Ini jelas seperti yang diterangkan oleh Kouzes dan Posner (2007) yang menyatakan “effective leadership is a key factor in the life and success of an organization”.
Justeru itu asas pengetahuan mengenai teori kepimpinan merupakan satu bonus bagi pemimpin jika dia mengetahui serba sedikit berkaitan teori kepimpinan. Dalam bidang kepimpinan terdapat banyak teori yang mendasari corak atau gaya kepimpinan seseorang namun tidak semua teori itu sesuai dipraktikan secara menyeluruh. Menurut Manning dan Curtis (2009) menyatakan kedua-dua teori kepimpinan trait dan tingkah laku telah mengenalpasti  satu ketua yang terbaik dan satu gaya dalam pelbagai situasi. Menurut mereka sejak lewat tahun 1960an teori kontigensi ini telah diangkat sebagai teori yang tepat dan amat sesuai dalam menentukan kualiti dan tindakan seseorang pemimpin dalam pelbagai situasi. Walau bagaimanapun mereka percaya bahawa keberkesanan kepimpinan seseorang itu adalah bergantung kepada pemimpin, pengikut dan faktor persekitaran dan situasi semasa.
            Setiap pemimpin mempunyai cita rasa yang berbeza. Oleh itu, bagaimana pemimpin itu mempengaruhi mengerak dan memotivasi pengikutnya merupakan teras kepada kejayaan sesebuah organisasi. Setiap pengikut juga mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dan ini yang akan menentukan keperluan dalam menentukan bagaimana ianya dapat menyesuaikan diri dan menetukan arah atau hala tuju serta keperluannya sebagai pengikut atau staf bawahan dalam situasi kepimpinan di mana dia berada. Faktor sitausi atau persekitaran seperti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, budaya di tempat kerja, dan keperluan sesuatu tugas juga mempengaruhi situasi  samada pengikut dan juga pemimpin.
            Menurut Kouzes dan Posner (2007) menyatakan bahawa teori kontigensi adalah sangat luas yang merangkumi faktor kontigen atau sesuatu faktor yang mungkin belaku  yang menyentuh keupayaan seseorang pemimpin  dan pelbagai keadaan dalam situasi berkaitan. Di samping itu perlu diingatkan bahawa seseorang pemimpin yang berkesan dalam satu keadaan dan situasi masa tertentu mungkin akan gagal dalam situasi dan masa yang lain.
            Sementara itu, A Contingency Theory of Leadership by Jay Lorsch menerangkan bahawa pendekatan kontigensi menganggap hubungan pemimpin dan pengikut merupakan ikatan utama dalam menjayakan pendekatan ini, di mana nilai dan ekspektasi adalah seimbang dengan matlamat hala tuju yang telah ditetapkan oleh pemimpin. Selain itu, komunikasi di antara kedua-dua belah pihak hendaklah kukuh dan pemimpin hendaklah menunjukkan kuasa ke atas fungsi di mana dia berada di samping dapat mempengaruhi dengan yakin dan berkrisma.
            Selain itu dalam pendekatan teori ini juga ditekankan tentang faktor kontigen  di mana seseorang pemimpin memilih matlamat atau hala tuju dan sumber kuasa dan pengaruh. Di samping itu, ekspektasi pengikut dan kompleksiti organisasi serta kepastian dan ketidak pastian sesuatu tugas sesuai seperti mana pendekatan teori yang dikemukakan oleh Fiedler’s Contingency Theory di mana teori ini memberi faedah dalam memilih pemimpin dan tidak memilih berdasarkan tingkahlaku.
            Menurut Fieldler’s Contingency Theory menunjukkan hubungan antara orientasi pemimpin atau gaya  dan pencapaian kumpulan dalam keadaan situasi yang berbeza. Di mana teori lebih kepada mengenal pasti orientasi pemimpin iaitu hubungan dan tugas elemen situasi iaitu hubungan ketua dan pengikut, struktur tugas dan posisi kuasa. Adalah didapati bahawa orientasi pemimpin dikenal pasti sebagai yang lebih efektif dalam situasi yang berubah dari tahap rendah kepada pertengahan dan seterusnya ke arah pengawalan yang lebih tinggi. Fiedlers mendapati pemimpin yang berorientasi tugas adalah lebih efektif dalam keadaan situasi pengawalan yang rendah dan sederhana dan orientasi hubungan pengurus adalah lebih efektif dalam situasi poengawalan yang sederhana.
            Northouse (2007) mencadangkan penggunaan Least Preferred Coworker (LPC) Scale digunakan untuk menilai kepimpinan seseorang. Melalui penilaian ini seseorang pemimpin akan mengetahui corak dan gaya kepimpinannya  sama ada  LPC rendah ( skor  57 atau kurang) adalah task motivated, LPC pertengahan (skor 58-63) adalah socio-independent leaders, self directed  dan tidak mengambil berat tentang tugas atau bagaimana orang lain melihat) manakala skor 64 dan ke atas menunjukkan LPC yang tinggi di mana ianya dimotivasikan oleh hubungan ketua dan pengikutnya.
Kesimpulannya, teori kontigensi ini dapat menilai gaya kepimpinan berdasarkan skor LPC dan tiga keadaan situasi di mana seseorang boleh menjangkakan sama ada seseorang pemimpin itu akan beroleh kejayaan dalam sesuatu organisasi tersebut atau tidak. Yang paling penting teori ini menegaskan bahawa pemimpin tidak akan berjaya dalam semua keadaan situasi.

Rujukan
Kouzes,J. M. & Posner, B.Z. (2007). The leadership challenge, (4th Ed). http: //changingminds.org/discipline/leadership/theories/leadership_theories.htm
Manning, G. & Curtis, k. (2009). The art of Leadership ( 3th Ed). New York: McGraw Hill.
Northouse, P.G (2007). Leadership Theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage Publication, Inc


1 ulasan:

Unknown berkata...

Very useful onformation.. Tq

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop