Khamis, 26 April 2012

Penuaan Secara Sihat

Aspek Psikososial

Imej dan Sikap
  • Bina sikap positif dalam kehidupan.
  • Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
  • Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
  • Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.
Pesaraan dan Kewangan
  • Sekiranya anda masih bekerja rancang persaraan anda dengan baik.
  • Tidak terlewat untuk terus mencari peluang pekerjaan lain atau menceburi hobi baru.
  • Libatkan diri secara aktif di dalam bidang di mana kemahiran dan pengetahuan anda boleh dikongsi bersama.
  • Rancang perbelanjaan secara berhemah dan menabung agar tidak menjejaskan kedudukan kewangan anda selepas
Perhubungan
  • Anak-anak akan meninggalkan anda untuk meneruskan pelajaran atau kehidupan mereka. Namun anda masih boleh mengekalkan perhubungan intim dan mesra dengan mereka.
  • Sentiasa mengimbas kembali perhubungan yang telah terjalin dengan ahli keluarga dan cari jalan bagi memperbaiki perhubungan agar kekal sihat.
  • Berusaha mempertingkatkan komunikasi dan perhubungan dengan semua ahli keluarga anda.
  • Bina persahabatan baru di kawasan anda.
Riadah dan masa senggang
  • Libatkan diri dalam hobi baru untuk mengisi masa terluang.
  • Turut serta dalam persatuan, kelab atau badan-badan sukarela .
  • Melancong jika berkemampuan.
  • Amalkan bersenam selalu.
  • Makan cara sihat.
  • Jangan merokok.
Agama dan Kerohanian
  • Dalami pengetahuan dan kemahiran dalam bidang agama yang anda anuti.
  • Libatkan diri dalam aktiviti agama dan kerohanian di tempat anda.
Hubungan kelamin dan seksualiti
  • Jangan berasa malu atau bersalah untuk menjalinkan hubungan kelamin dengan pasangan anda.
  • Amalkan hubungan kelamin yang selamat.
  • Lakukan sedikit pengubahsuaian yang dapat meningkatkan kepuasan hubungan kelamin.
  • Adakalanya hubungan mesra dan intim lebih diperlukan oleh pasangan wargatua dari hubungan seks semata-mata.
Berhadapan Dengan Kematian dan Kehilangan
  • Anda dapat meluahkan perasaan bila kehilangan orang yang disayangi.
  • Anda tahu ketika mana untuk mendapatkan bantuan dan sokongan ahli keluarga dan masyarakat apabila anda gagal menangani perasaan sedih.
  • Anda tahu bila untuk berkongsi masalah. Elakkan memendam perasaan dan bersendirian.
  • Anda dapat mengenangkan saat manis dan kejayaan masa lalu untuk rasa lebih tabah walau sekecil mana kejayaan itu.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/kesihatanmental/01kesihatan-mental-bagi-warga-emas0102mental-health-for-elderly02/01kesihatan-mentalpenuaan-secara-sihat0102-mental-health-healthy-aging02
Semakan Akhir : 16 September 2008
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff

: Dr. Susy Mathew

: En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop