Khamis, 26 April 2012

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Sebagai penjaga, anda perlulah:
  1. Menjaga kesihatan diri sendiri dari segi fizikal, mental dan sosial.
  2. Mendapat bantuan bagi penjagaan:
    • ketahui tahap keupayaan diri
    • kumpulan sokongan untuk penjaga
    • jagaan sementara (respite care)
  3. Melibatkan semua ahli keluarga dalam penjagaan. Pengendalian dari segi:
    • Masa iaitu perhatian kepada masalah mengikut kepentingan
    • Penglibatan orang lain dalam penjagaan
    • Tekanan mental iaitu dengan mempelajari cara-cara mengatasi tekanan mental
    • Kegiatan seharian
Merancang penjagaan yang berjaya adalah seperti berikut
  • Kehidupan sosial yang berterusan
  • Kewangan yang mencukupi
  • Persekitaran fizikal yang memudahkan penjagaan
  • Kesihatan ( senaman, rehat, permakanan, tidur) yang baik
  • Masa untuk rehat yang mencukupi seperti mendapatkan jagaan sementara
Cabaran dalam penjagaan
  • Pengendalian masa (masa untuk diri sendiri)
  • Kerenah orang yang dijaga
  • Menguji ketabahan dan kesabaran
  • Tekanan mental
  • Mengambil alih tanggungjawab dan membuat keputusan
  • Letih, lemah dan lesu (burn out)
  • Masalah kewangan
Mengatasi cabaran
  • Mengetahui tahap keupayaan diri
  • Menerima hakikat
  • Rancang masa seharian yang realistik dan wajar
  • Luangkan masa untuk diri sendiri
  • Pengendalian kewangan
  • Amalan agama bagi membantu kekuatan kerohanian
  • Penyesuaian kepada perubahan cara hidup baru
  • Senaman, makanan berkhasiat dan seimbang serta rehat yang cukup
  • Melibatkan orang yang dijaga dalam membuat keputusan
  • Kaunseling atau khidmat nasihat.
Menghadapi tekanan mental
  1. Punca:
    • Keperluan penjagaan yang semakin bertambah
    • Menghadapi kerenah-kerenah orang yang dijaga
    • Keadaan kesihatan penjaga yang kurang baik
    • Masalah kewangan
    • Masa hadapan yang tidak dapat ditentukan
    • Konflik ahli keluarga
    • Tidak dapat menerima kenyataan penyakit
    • Kehilangan punca pendapatan,kawan-kawan dan sebagainya
  2. Tanda-tanda tekanan:
    • Cepat marah, rasa gelisah
    • Minum alkohol secara berlebihan, semakin banyak menghisap rokok
    • Mengambil ubat-ubatan atau dadah
    • Kehilangan atau pertambahan berat badan
    • Gangguan tidur
  3. Tindakan:
    • Berhenti sementara untuk berehat secara berkala
    • Bercuti dengan keluarga
    • Dapatkan penjaga sementara (respite care)
    • Jangan mengasingkan diri
    • Hubungi rakan-rakan atau saudara-mara
    • Berkongsi masalah dengan orang lain
    • Jangan salahkan diri sendiri
    • Tingkatkan amalan kerohanian atau keagamaan
    • Wujudkan persekitaran yang ceria untuk memudahkan penjagaan
    • Libatkan diri dengan kegiatan yang disukai
    • Kendalikan masalah satu persatu
Hak-Hak penjaga
  • Dapatkan kepuasan hidup (kehidupan sosial dan lain-lain)
  • Dapatkan bantuan serta sokongan ahli keluarga dan komuniti
  • Dapatkan layanan yang terbaik dan sempurna
  • Dapatkan penghargaan diatas pengorbanan anda
Implikasi penjagaan
  • Seseorang penjaga akan menghadapi saat-saat kepiluan dan kehilangan
  • Perubahan cara hidup seharian
  • Perhubungan diantara penjaga dan orang yang dijagai
  • Perubahan peranan dan pengorbanan kerjaya
Peranan penjaga
  • Memahami dan dapat memenuhi keperluan orang yang dijaga
  • Sebagai teman, pelindung dan pembela
  • Memberi penjagaan secara langsung
Kesimpulan
Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk melindungi dan menjaga ahli keluarga yang sudah tua. Pengorbanan ini juga merupakan penghargaan kita terhadap jasa dan bakti mereka yang tidak ternilai terhadap kita.

 Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/wargaemas/01keadaan-biasa0102common-condition02/01mengendali-diri-sebagai-penjaga-warga-emas0102care-of-carer02

Semakan Akhir : 09 November 2011
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop