Khamis, 26 April 2012

Teknik untuk Relaksasi

Teknik untuk Relaksasi

1. Pernafasan Dalam
  • Ini adalah teknik yang paling asas.
  • Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
  • Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
  • Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa tegang atau tertekan.
    (Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)

2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
  • Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.
  • Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
    (Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)
Prosedur untuk teknik relaksasi
1. Pernafasan Dalam
Menarik nafas
  1. Duduk dan letak kedua belah tangan anda dengan erat dan selesa di atas perut.
  2. Pastikan otot perut anda dalam keadaan rehat.
  3. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
  4. Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya.
Menghembus nafas
  1. Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut.
  2. Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (Otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
  3. Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
  4. Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut.
    (Ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)
 
2. Gambaran dalam fikiran (Imagery):
  1. Pastikan diri anda berada di tempat yang aman.
  2. Pejamkan kedua-dua mata anda dan dengar penafasan anda.
  3. Lama kelamaan pernafasan anda akan menjadi lebih tenang
  4. Apabila minda anda merasa lebih tenang dan aman, badan anda juga akan hilang ketegangan.
  5. Bayangkan suatu pemendangan yang dapat memberikan ketenangan dan relaksasi. Contohnya : bayangkan suatu hari yang indah, ditepi pantai dimana awannya membiru dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa dan air lautnya yang tenang dan sebagainya..
  6. Tumpukan sejenak kepada pemilihan persekitaran imginasi anda.
  7. Tumpukan sepenuh perhatian pada suasana imaginasi pilihan anda.
  8. Bawakan diri anda bersama imaginasi anda dengan penuh realiti.
  9. Lalui dan alamilah pengalaman sensasi bersama alam imaginasi anda.
  10. Bebaskan kekusutan yang ada di dalam diri anda
  11. Nikmatilah imaginasi anda dengan suasana aman dan tenteram.
  12. Apabila anda telah merasai cukup tenang, perlahan-lahan kembalikan tumpuan anda ke alam nyata.
  13. Anda akan berasa lebih cergas,segar dan tenang  
 Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/wargaemas/01relaksasi0102relaxation02/01teknik-untuk-relaksasi0102techniques-of-relaxation02
Semakan akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Sarkuna Devi
  : Normah bt. Nordin
  : Thillainathan a/l Krishnan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop